CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 627|Reply: 0

Jangan biarkan Oman 'menjajah' Bukit Jalil

  [Copy link]
Post time 13-3-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Laine (kanan) menjalani latihan menjelang aksi menentang Oman.

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya harus memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila melayan kunjungan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, 26 Mac ini.

Aksi di laman sendiri itu akan berlangsung lima hari selepas skuad kebangsaan bertandang ke Oman dengan skuad bimbingan Kim Pan Gon ketika ini mendahului Kumpulan D menerusi enam mata daripada dua kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan.

Pemain tengah, Nooa Laine menegaskan keputusan positif menjadi buruan skuad kebangsaan yang mana sudah pasti akan terus menyemarakkan peluang mereka mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.

"Sudah tentu kita mahu kemenangan apabila beraksi di laman sendiri. Saya rasa kita berada dalam keadaan baik dan kita perlu bekerja keras untuk mencatat keputusan positif," kata Nooa.


Sekiranya Malaysia berjaya mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, skuad negara juga turut layak secara merit ke Piala Asia 2027 buat kali kedua berturut-turut.

Dalam perkembangan sama, pemain berdarah kacukan itu mengakui jangkaan tinggi pasti diletakkan ke atasnya selepas mengambil kira dia memiliki pengalaman beraksi di Eropah sebelum ini.

"Ya sudah tentu (jangkaan tinggi) tetapi ada ramai lagi pemain senior dalam pasukan ketika ini dan mereka sudah berada lebih lama dalam pasukan ini berbanding saya.

"Fokus saya adalah untuk melakukan yang terbaik dan semoga kehadiran saya dapat memberikan perbezaan dalam pasukan ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... enjajah-bukit-jalil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.057690 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list