CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 1

[Pulau Pinang] Mayat dalam cerun: Polis sahkan tiada unsur jenayah

  [Copy link]
Post time 13-3-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba membawa mayat lelaki warga Singapura yang ditemui di luar kereta yang dipercayai terjunam ke dalam cerun di Jalan Paya Terubong. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Polis mengesahkan kematian lelaki warga Singapura yang ditemukan maut berhampiran kereta dipandunya dalam cerun setinggi 45 meter di Jalan Paya Terubong ke Relau, di sini, semalam, tidak membabitkan jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, ia berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

"Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan leher.

"Kita sudah semak dan mendapati tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini



Mengulas lanjut Razlam berkata, mangsa yang juga ejen insurans itu dipercayai sudah lama berada di Pulau Pinang.

"Namun, kita tidak pasti berapa lama, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mayat mangsa dikenali sebagai Chew Wei Fung, 29, itu ditemukan pada jarak kira-kira empat meter dari kenderaannya.

Mangsa dikatakan memandu kereta jenis Proton Persona milik kekasihnya untuk keluar minum bersama rakan sebelum dilaporkan hilang pada 9 Mac lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiada-unsur-jenayah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 03:03 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.651794 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list