CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

[Johor] Kakak Bella ditahan polis

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:25 PM | Show all posts |Read mode

KAKAK kepada Bella dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas direman sehari bagi membantu siasatan Akta Kanak-Kanak 2001. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah yang mati dibunuh teman lelakinya, ditahan polis awal pagi hari ini sebelum direman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat terhadapnya kerana didakwa melanggar Akta Kanak-Kanak 2001.

Wanita berusia berusia 37 tahun ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk merekodkan keterangan berhubung satu laporan polis dibuat terhadapnya.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh keluarga tertuduh kononnya mendakwa kakak Bella menyiarkan gambar kanak-kanak yang dipercayai anak angkat tertuduh, ketika bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini, sambil ditemani dua peguamnya, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan bagi mendapat perintah reman.



Majistret Nurasidah A Rahman membenarkan wanita itu direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Sejurus selepas keluar dari mahkamah, wanita itu kelihatan tenang sambil memandang beberapa ahli keluarganya termasuk suaminya.

Pada awalnya, dia baru tiba di Batu Pahat, selepas berbuka puasa di rumah saudara arwah bapanya di Kuala Selangor, pada jam 2.30 pagi.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, dia dihubungi polis untuk hadir ke IPD bagi merekodkan keterangan, sebelum ditahan di lokap.

Dalam pada itu, peguam, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan yang hadir ketika prosiding reman berkata, anak guamnya itu direman sehari selepas mahkamah menolak permohonan pegawai penyiasat untuk reman tiga hari.

Katanya, anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 15 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dakwaan mengatakan gambar digunakan anak guam terbabit dengan jenayah.

"Sebaliknya, anak guam kami langsung tidak mendedahkan muka seperti mana didakwa dalam laporan dibuat sebelum ini.

"Ketika proses permohonan reman, kami mengemukakan beberapa sebab kenapa anak guam tidak boleh direman terlalu lama.

"Kalau nak tahan reman, mesti ada sebab tetapi alasan dikemukakan pegawai penyiasat tidak membawa kepada sebab munasabah.

"Sebab itu mahkamah benarkan permohonan reman sehari terhadap anak guam kami," katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... bella-ditahan-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.054151 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list