CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

Barca benam Napoli ke suku akhir

[Copy link]
Post time 13-3-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Barcelona meraikan gol ketiga jaringan penyerang Robert Lewandowski (kanan) ketika menentang Napoli pada aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto AFP

BARCELONA: Barcelona terselamat daripada babak kedua yang mendebarkan sebelum menewaskan Napoli 3-1 awal pagi tadi sekali gus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara 4-2 secara agregat.

Pasukan kendalian Xavi Hernandez bingkas memukau dengan gol daripada Fermin Lopez (minit ke-15) dan Joao Cancelo (m-17) tetapi selepas Amir Rrahmani (m-30) membalas satu gol, kelab Catalunya itu mula bermandi peluh.

Juara Itali, Napoli, yang berjaya mengikat keputusan seri 1-1 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir, akhirnya tunduk apabila Robert Lewandowski (m-83) meledak masuk gol dari jarak dekat.

Ia kali pertama juara lima kali Barcelona layak ke suku akhir pertandingan itu sejak 2020 dan mereka melakukannya tanpa pemain trio tengah yang cedera Pedri, Gavi dan Frenkie de Jong.



"Kami berada di suku akhir Liga Juara-Juara selepas empat tahun, ia saat yang perlu dirai bersama," kata jurulatih Barca, Xavi kepada Movistar.



Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski (tengah) menjaringkan gol ketiga ketika berdepan Napoli pada aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Kami bermain satu perlawanan yang hebat, pasukan memberikan segala-galanya, kami mendominasi dalam banyak detik... saya amat berbangga."

Xavi mengumumkan pada Januari lalu beliau akan meninggalkan kelab itu hujung musim ini dan pasukannya sudah mengharungi sembilan perlawanan tanpa kalah selepas pengumuman itu.

Bintang remaja Lamine Yamal dan Pau Cubarsi menjadi tonggak kepada keputusan itu dan kedua-duanya bertindak cemerlang menentang Napoli pada malam yang melegakan Barcelona susulan musim yang hambar.

Pertahanan tengah Cubarsi, 17, berjaya mengekang pergerakan penyerang Napoli, Victor Osimhen.

"Dia luar biasa, dia pemain terbaik perlawanan ini," kata Sergi Roberto kepada Movistar.



Penyerang Barcelona, Lamine Yamal (kiri) menyepak masuk gol yang kemudiannya dibatalkan kerana ofsaid ketika menentang Napoli pada aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto AFP

"Dia tidak henti-henti mengejutkan kami, pada pusingan 16 terakhir dan bermain sebegini, dia seorang pemain yang boleh berada di sini sepanjang hayatnya."

Barcelona muncul pasukan pertama dalam sejarah pertandingan itu bermula dengan dua pemain di bawah usia 17 tahun pada peringkat kalah mati.

Xavi menuntut penyokong untuk hadir di Stadium Olimpik yang menjadi gelanggang sementara mereka di bukit Montjuic di bandar raya itu bagi mencetus suasana hiruk-pikuk dan mereka benar-benar melakukannya.

Lebih 50,000 penonton hadir sekali gus menyaksikan jumlah kehadiran terbesar kelab itu musim ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... apoli-ke-suku-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068974 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list