CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8114|Reply: 29

Terjun Dari Wisma Persekutuan KT

[Copy link]
Post time 9-3-2011 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Salam. Sy br dengar dr Sinar Pagi this morning pasal ada sorang tu terjun / bunuh diri dr Tingkat 6 Wisma Persekutuan Kuala Terengganu semalam.
Ada sapa2 hok tau citer sebenornye dop ?

Kalu tau, cer citer... cer citer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2011 10:10 AM | Show all posts
saya tau gitu2 jer masa antor anok gunting rambut malam td...dengor criter baru jer nikoh..ke masalah dalaman?..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 11:06 AM | Show all posts
petikan dari Sinar Terengganu :

Seperti kain buruk

KUALA TERENGGANU- :Orang ramai gempar apabila bunyi dentuman kuat yang disangka kemalangan rupa-rupanya ‘hentaman badan’ seorang lelaki dipercayai terjatuh dari bangunan Wisma Persekutuan setinggi 12 tingkat itu di sini, petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.15 petang dan mangsa adalah seorang lelaki berusia 28 tahun dan berasal dari Felda Jerangau Barat, Setiu.

Lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan yang tragis, dipercayai terjatuh dari tingkat 11 bangunan itu.

Menurut saksi kejadian, Eddy Razlan Afandi Mohammad, 21, dia ternampak mangsa yang lengkap berpakaian ketika itu sudah berada di aras tiga seperti sehelai kain buruk.

“Ketika itu saya bersama adik, Mohd Azrol Alif, 18, berada di tempat letak motosikal berhampi-ran. Semasa hendak membuka topi keledar, saya ternampak mangsa yang sedang melayang seperti kain buruk ditiup kain.

“Tidak sampai beberapa saat, saya terdengar bunyi dentuman kuat dan disebabkan terlalu terkejut, saya tergamam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, menurut adiknya, Mohd Azrol Alif, disebabkan terlalu terkejut, kakinya seperti dipaku kerana tidak mampu bergerak walaupun setapak ke lokasi kejadian yang jaraknya hanya kira-kira 70 meter dari tempatnya.

“Ketika itu, kami hanya melihat sesama sendiri dan tidak sampai beberapa saat kemudian, saya mula nampak orang ramai menjenguk keluar bangunan mungkin mencari arah bunyi kuat itu,” katanya.

Selain itu, menurut salah seorang saksi lain, Alias Mohammad, 49, ketika hendak masuk ke dalam lif dari tingkat bawah, dia terdengar bunyi dentuman yang begitu kuat.

“Pada mulanya saya sangka kemalangan dan tidak mengendahkannya, tetapi hati rasa tidak sedap, lalu keluar dari lif untuk melihat keadaan sebenar.

“Saya terkejut apabila ternampak mayat dalam keadaan tragis terlentang berhampiran longkang di tempat parkir di belakang bangunan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



alfatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga arwah...

jerangau barat setiu??
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 11:20 AM | Show all posts
jerangau kat setiu ke????sinar bg maklumat tak tepat. pernah diiinterview sinar, aku cakap lain dia tulis lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 11:34 AM | Show all posts
Felda Jerangau Barat dalam daerah hulu terengganu berhampiran dengan daerah dungun menghala ke selatan..manakala setiu pulak bahagian utara terengganu...
agaknya penulis sinar ni bukan orang terengganu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 11:39 AM | Show all posts
tingkat 12 nak sampai ke bawah kira ambik masa juga. Apa agaknya perasaan dia masa tgh melayang tu ekk...aduhai ngeri gila bila bayangkan saat nak terhempas. Kalo time melayang tu tetiba rasa insaf dan menyesal pun dah x guna..:cry:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2011 11:44 AM | Show all posts
jerangau kat setiu ke????sinar bg maklumat tak tepat. pernah diiinterview sinar, aku cakap lain dia  ...
wawin Post at 9-3-2011 11:20


Pulok dah......

So, ni betul ke kes bunuh diri atau acara sukanrakyat?.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 11:49 AM | Show all posts
hadui...tlepas mslh dunia,tp mslh akhirat cnfm xlepas,tanggung la selama2nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2011 11:59 AM | Show all posts
Pulok dah......

So, ni betul ke kes bunuh diri atau acara sukanrakyat?.....
jazaa Post at 9-3-2011 11:44



    tak tepat tu takdelah tersasar sampai bunuh diri nak disamakan dgn sukan rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 12:01 PM | Show all posts
Reply 5# d_anne04


    penulis tak buat homework sbb terpegun dpt citer panas...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 12:23 PM | Show all posts
Reply 10# wawin

agaknya macam tu lar....




tapi mcm mana mangsa boleh terjatuh ekk....?

takkan bunuh diri kot?

mungkin kurang siuman @ tidak waras, tergelincir dll...

x leh bayang rasanya kalo berlaku depan mata...

owg wisma tak de ker kat sini...?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 01:16 PM | Show all posts
lebih krg cam kes TBH ke...............
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 02:26 PM | Show all posts
lebih krg cam kes TBH ke...............
tuan_wu Post at 9-3-2011 13:16



aku pun terpk mcm tu...takkan lar kot...
org ganu baik-baik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 02:51 PM | Show all posts
mcm2 rumours aku dgr
ade kate cleaner cuci 2 then terjatuh

ade plak cleaner opis aku ckp budak ni dtg mintak keje ke ape..br kawen tunggu kenduri nak sambut menantu kat umahnya..dgr gossip2 kate ade adik beradik arwah masalah mental..

wallahulam..x tahu citer mana yg betol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2011 04:01 PM | Show all posts
takziah utk keluarga arwah...

sy penah experience bunyi org bunuh diri kat area umah sy tp blok yg lain. org tu terjun dr tingkat 11. memang bunyi berdentum kuat yg amat. mula2 sy ngan hubby ingat org main mercun bom coz time tu br lepas raya. memang x sangka ada org bunuh diri rupanya ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2011 04:02 PM | Show all posts
Reply 3# d_anne04

thanks for the updates....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2011 04:06 PM | Show all posts
Mesti trauma saksi 2 beradik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 05:09 PM | Show all posts
emm bunuh diri dah macam pekara biasa lak sekarang ekk ngerinyerr
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 08:12 PM | Show all posts
lepas ni berhantu le kawasan tu.... macam kes thoh beng hock... org nampak hantu die
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 08:44 PM | Show all posts
macam2 versi cerita ader
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069311 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list