CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama Sabah, Hungary bawa potensi besar dalam sektor pelancongan

[Copy link]
Post time 13-3-2024 09:14 AM | Show all posts |Read mode

SERAH: Christina (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Dr Anett.


BUDAPEST: Wujud potensi besar dalam sektor pelancongan diantara Sabah dan Hungary menerusi usahasama yang dilaksanakan.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, beliau mencadangkan agar kedua-dua masyarakat di Sabah dan Hungary saling mengadakan lawatan diantara satu sama lain.
Beliau berkata demikian ketika dalam pertemuan dengan Timbalan Datuk Bandar Budapest for Human Affairs Dr Anett Bosz di sini pada Isnin.

"Pertemuan ini membawakan peluang berharga kepada Sabah untuk menerokai pasaran baharu dan memperkenalkan destinasi Eropah tengah.

"Lawatan di sini adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bandar Budapest dan daya tarikan pelancongan di sini.

"Kita juga menggalakkan pengusaha dan ejen pelancongan di sini untuk mewujudkan kerjasama dan bersama-sama memperkenalkan Sabah kepada Hungary dan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, kempen promosi dan inisiatif pemasaran boleh dibangunkan oleh kedua-dua pihak menerusi kerjasama.

Katanya, Budapest terletak pada lokasi yang strategik dan mempunyai rangkaian penerbangan yang baik dari ibu kota di sini ke Sabah menerusi penerbangan menghubungkan Shanghai, China atau Kuala Lumpur, Malaysia.


Sementara itu, Dr Anett tertarik dengan idea yang dikemukakan Christina mengenai rakyat Budapest untuk melawat Sabah.

Katanya, kerjasama diantara dua pihak itu merupakan satu pencapaian penting dan istimewa.

"Bandar-bandar bersejarah di Eropah tengah dan timur adalah penting dalam kerjasama ini.

"Ini adalah idea yang baik dan saya mempunyai harapan tinggi dalam kerjasama ini," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.064362 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list