View: 13887|Reply: 6
|
[Jenayah]
Dua Anggota Polis Yang Ditangkap Khalwat Lepas Suami Wanita Buat ‘Report’
[Copy link]
|
|
Oh! Media
Dua anggota polis ditangkap khalwat
OH! TIDAKRupanya Dua Anggota Polis Yang Ditangkap Khalwat Lepas Suami Wanita Buat ‘Report’
OlehMegat AzriPada 11/03/2024
Semalam kami melaporkan seorang wanita yang merupakan penjawat awam telah ditangkap khalwat dengan rakan sekerjanya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) ketika berada di sebuah hotel terletak Tanjung Tokong, Georgetown Pulau Pinang. Rupa-rupanya mereka berdua anggota polis. Allahu!
BACA: Isteri Kantoi ‘Check In’ Dengan Skandal Pejabat, Suami Ada Angin Ahmar ‘Report’ Pejabat Agama
Menurut laporan MyNewsHub, dua anggota polis yang masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal berusia 37 tahun itu ditukarkan jabatan serta merta.
Bukan tu jer, mereka berdua juga dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Dua anggota itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.
Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Sebelum ini, si suami kepada wanita ditangkap itu yang membuat laporan kepada pejabat agama dan berada di lokasi serbuan.
Pasangan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat.
KE ATAS
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kat telegram ada baca
Dua2 dah kena tukar
|
|
|
|
|
|
|
|
khalwat sbb suami ade angin ahmar..means stroke la kan..stroke ni mmg bawah trus malfunction eh? maaf nak kepastian |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 13-3-2024 09:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
epullipan replied at 13-3-2024 08:57 AM
khalwat sbb suami ade angin ahmar..means stroke la kan..stroke ni mmg bawah trus malfunction eh? maa ...
Orang dulu dulu kate semput..![](static/image/smiley/miluegg/shy.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 13-3-2024 09:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
makiting replied at 12-3-2024 10:07 PM
Kat telegram ada baca
Dua2 dah kena tukar
Tak paham...laki dia yg bagi ke?![](static/image/smiley/onion/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia yg report jabatan agama..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|