CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6730|Reply: 0

Musim ini akan lebih baik daripada tahun lalu-Halim Saari

[Copy link]
Post time 12-3-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Halim Saari

Alor Setar : Pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Halim Saari bertekad menjadikan musim Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 yang akan membuka tirai pada Mei depan sebagai kebangkitan semula buatnya.

Kemasukan pemain posisi tengah berusia 29 tahun kelahiran Kulim Kedah itu pada musim lalu membina semula kekuatan serta keyakinan diri buat Halim selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan lutut ketika dia beraksi bersama Selangor FC.

"Pada musim lalu, saya kembali bersama pasukan Kedah pada pertengahan musim dan bergelut untuk mencapai kecergasan, tetapi pada tahun ini saya dapat memulakan aksi sejak pra musim. Dengan jangkamasa yang ada ini, saya jangkakan masa yang cukup untuk saya kembali lonjakan tahap permainan saya ke tahap yang terbaik.

"Tempoh satu musim penuh ini penting buat saya bagi memastikan tahap permainan saya berada pada tahap seratus peratus dan dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada pada musim baharu ini.



"Oleh itu, saya perlu terus kekalkan tumpuan utama saya bagi memanfaatkan peluang melalui percaturan yang akan dilakukan Ketua Jurulatih Nafuzi Zain yang mahukan kejayaan Kedah ditingkatkan lagi pada musim ini," katanya.

Halim juga yakin dengan kehadiran semula beberapa tonggak terbaik Kedah seperti Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan bekas pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) Zamri Pin pada musim ini akan membantu pasukan menghasilkan impak terbaik dan memperkukuhkan lagi Sang Kenari pada musim ini.

"Saya lihat persefahaman dan pengalaman yang dimiliki tonggak utama Kedah yang kembali semula ke pasukan pada musim ini memberi peluang buat kami melakar sesuatu kejayaan yang diharapkan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... un-lalu-halim-saari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.489236 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list