CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6723|Reply: 0

Brundo tak ada masalah tukar posisi di Sri Pahang

[Copy link]
Post time 12-3-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Tonggak Sri Pahang Stefano Brundo - Foto ihsan Sri Pahang

Kuala Lumpur: Stefano Brundo bersedia untuk menggalas tugas baharu di posisi tengah meskipun pada awalnya dia hadir sebagai pemain pertahanan untuk Sri Pahang FC.

Kemampuannya untuk mencetak jaringan menyaksikan pemain import kelahiran Argentina ini menjadi pilihan Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad untuk meletakkan pemain ini di posisi tengah pada musim lalu.

Pemain yang sudah melengkapkan 25 penampilan bersama Sri Pahang ini berjaya mencetak 12 jaringan pada musim 2023, sekali gus membuktikan ketajamannya di hadapan gol.

Bagi dirinya, dia tidak sabar untuk beraksi pada musim baharu dan tidak terlalu memikirkan posisi yang bakal ditentukan oleh Fandi dalam saingan liga yang akan bermula pada Mei ini.



"12 gol pada musim lalu adalah suatu perkara yang sangat hebat dan menakjubkan bagi saya.

"Saya tidak fikir saya akan beraksi sebagai seorang penyerang kerana posisi yang selalu saya bermain adalah bahagian pertahanan dan tengah. Namun saya menyerahkan kepada jurulatih untuk menentukan yang terbaik," katanya.

Tambahnya lagi, objektif utama dirinya pada musim hadapan adalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di negara ini memandangkan dia sudah mula menyukai penyokong dan skuad Tok Gajah ini.

"Objektif utama musim hadapan adalah untuk terus meningkatkan prestasi dan menyesuaikan diri di sini, kerana saya sangat gembira dan mula jatuh cinta dengan penyokong, bandar dan kelab ini," katanya.

Brundo juga mengucapkan penghargaan atas sokongan setiap penyokong Sri Pahang dan berharap dapat bersama-sama membawa pasukan itu mengecapi kejayaan semula.

"Kepada penyokong Sri Pahang, saya ucapkan terima kasih kerana menyambut saya dengan baik dan menyokong pasukan ini dengan sepenuh jiwa, bersama-sama kita mencipta keputusan yang terbaik untuk kelab ini".
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... osisi-di-sri-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057858 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list