CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4489|Reply: 0

Kemenangan ke atas Newcastle buat Pochettino lega

[Copy link]
Post time 12-3-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Chelsea Cole Palmer cuba melepasi pertahanan lawan pada aksi menentang Newcastle di Stamford Bridge.

London: Pengurus Chelsea Mauricio Pochettino boleh menarik nafas lega apabila meraih kemenangan 3-2 mengatasi Newcastle sekali gus membantu Blues kembali ke landasan untuk merebut tempat di saingan Eropah musim depan.

Nicolas Jackson, Cole Palmer, dan Mykhailo Mudryk menjadi penjaring untuk pasukan tuan rumah di Stamford Bridge.

Chelsea masih berada di tempat ke-11 namun semakin hampir dengan empat mata daripada West Ham di tempat ketujuh, yang sekurang-kurangnya akan menjamin tempat dalam Liga Konfederasi Europa.

Kekalahan ke-12 musim ini bagi Newcastle meninggalkan pasukan Magpies hanya satu mata lebih baik daripada Chelsea di tempat ke-10.



Tekanan juga semakin meningkat ke atas Eddie Howe ketika pasukan yang disokong oleh Arab Saudi ini gagal memanfaatkan pencapaian tempat keempat musim lalu untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam 20 tahun.

Namun, Pochettino menghadapi tentangan terbuka lebih banyak daripada kalangan penyokongnya sendiri.

Peminat Chelsea menuntut Pochettino 'direhatkan ketika seri 2-2 dengan Brentford pada hujung minggu lalu.

Bekas pengurus Tottenham itu mengalami musim sukar dalam tempoh pertama sebagai termasuk tewas pada final Piala Liga kepada Liverpool.

Namun, beberapa pemain muda yang ditandatangani Pochettino sebelum ini yang mendapat kritikan sudah mula mempamerkan 'taring' masing-masing.

Jackson kini sudah mencatatkan 12 gol dalam musim pertamanya apabila dengan bijak menyudahkan hantaran Palmer selepas kurang dari enam minit.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uat-pochettino-lega
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.054555 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list