CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3836|Reply: 0

[Pahang] 259,000 murid dan pelajar negeri Pahang mulakan sesi persekolahan

[Copy link]
Post time 11-3-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

MURID tahun satu SK Indera Mahkota Utama di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sesi persekolahan 2024/2025 bagi negeri Pahang bermula hari ini dengan seramai kira-kira 259,000 pelajar dan murid menghadiri sekolah masing-masing.

Pengarah Pendidikan Pahang, Amzan Abdul Malek berkata, daripada jumlah itu, seramai 16,192 murid pra sekolah, 24, 978 murid tahun satu dan 24, 052 pelajar tingkatan satu memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.

Katanya, jumlah terbabit melibatkan 739 buah sekolah dengan 541 daripadanya adalah sekolah rendah dan 198 adalah sekolah menengah bagi seluruh negeri ini.

“Bagi negeri Pahang, data tepat kemasukan pelajar masih belum stabil sebab masih ada yang keluar dan masuk sekolah. Keseluruhannya lebih kurang 259,000 pelajar di seluruh negeri. Data akan stabil setelah tempoh sebulan atau dua (sesi persekolahan).

“Namun murid atau pelajar yang masuk ke sekolag bagi satu kohort setiap tahun bagi darjah satu dan tingkatan satu adalah sekitar 24,000 jadi jumlah keseluruhannya lebih kurang 259,000 hingga 260,000 bagi kesemua sekolah termasuk pra sekolah dan tingkatan enam,”katanya ketika mengadakan lawatan sempena Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, di sini hari ini.

Menyentuh tentang persediaan menghadapi Ramadan, Amzan berkata, ibu bapa dan guru diingatkan untuk sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan murid sepanjang sesi persekolahan.

“Pertama sekali kepada pelajar dan murid, utamakan keselamatan sama ada ketika datang sekolah, ketika berada di sekolah dan ketika balik ke sekolah.

“Dan bila berkaitan dengan cuaca ini, kita juga berhadapan dengan cuaca panas jadi inilah perkara yang perlu diutamakan bukan sahaja guru-guru tetapi juga ibu bapa, pastikan nutrisi anak-anak cukup, bersahur dan datang apabila datang ke sekolah pesanlah supaya mereka tidak bermain ditempat panas dan sebagainya,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengingatkan kepada ibu bapa yang memiliki anak yang akan berhadapan dengan satu-satunya peperiksaan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar memastikan anak-anak mereka melakukan persediaan lebih awal.

“Kita sekarang sudah tidak ada peperiksaan dari darjah satu. Kita hanya ada SPM. Pastikan mereka bersedia dari awal. Mula dari sekolah ini hinggalah peperiksaan yang akan mereka hadapi pada tahun hadapan. Mula dari sekarang sebab inilah peperiksaan keutamaan bagi mereka untuk survival hidup mereka selepas ini.

“Bagi yang akan menghadapai peperiksaan tahun ini, saya harapkan anak-anak semua tumpukan pada pendidikan dan apakah perancangan yang kita nak buat selepas SPM nanti,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -sesi-persekolahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064069 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list