CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19102|Reply: 0

[Perlis] Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10

[Copy link]
Post time 11-3-2024 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10

11 Mac 2024 12:26am








MAIPs menetapkan bayaran zakat fitrah di Perlis dengan kadar RM7 bagi beras tempatan dan RM10 untuk beras import. - Gambar hiasan




KANGAR - Kadar zakat fitrah di Perlis bagi tahun 1445H/2024M ditetapkan sebanyak RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan manakala RM10 untuk beras import (bukan spesial tempatan).

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, penetapan kadar itu setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Beliau berkata, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.

"Setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah seperti mana yang ditetapkan itu bagi diri dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungannya.

"Mereka hendaklah mengeluarkan zakat fitrah itu kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Nazim berkata, sesiapa yang tidak atau ingkar memberi zakat fitrah dengan sepenuhnya atau menghasut orang lain daripada melakukannya, membayar atau menerima zakat fitrah bukan sebagai amil yang dilantik pihak MAIPs adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis dan boleh dikenakan denda.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10 - Sinar Harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051251 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list