CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26984|Reply: 0

[Perlis] Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat

[Copy link]
Post time 10-3-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat

10 Mac 2024 04:32pm








Muhamad Akmal




PADANG BESAR - Pemuda UMNO Malaysia menubuhkan pasukan petugas atau 'task force' aduan rakyat dalam usaha mendengar permasalahan sekali gus mengangkat isu berkenaan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pasukan petugas itu melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.



"Kita akan pergi ke setiap pelosok dan kita nak dengar apa masalah isu nelayan dan juga mungkin pesawah dan sebagainya untuk kita angkat (kepada kerajaan)...kita nak bawa suara rakyat ini terus kepada pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Wawasan, Kampung Baru Panggas di Chuping dekat sini hari ini.



Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Ruzaini Rais.

Justeru Muhamad Akmal meminta rakyat yang mempunyai perkara untuk disuarakan supaya menghubungi Pemuda UMNO di peringkat cawangan ataupun bahagian. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052999 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list