CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7416|Reply: 0

Peluang terbaik Villa ke Liga Juara-Juara

[Copy link]
Post time 10-3-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode

VILLA berpeluang mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas jika berjaya menumbangkan Spurs malam ini. – ASTON VILLA

BIRMINGHAM – Aston Villa berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang pertemuan menentang Tottenham Hotspur di Villa Park malam ini.

Bagaimanapun, ia bukan satu tugas mudah buat Villa memandangkan moral Spurs berada dalam keadaan cukup baik ketika ini apabila memburu kemena­ngan kedua berturut-turut ­selepas menewaskan Crystal ­Palace bulan lalu.

Bekas pemain Villa, Paul Merson bagaimanapun percaya, skuad kendalian Unai Emery itu memiliki kelebihan untuk me­ngutip tiga mata berdasarkan masalah kecederaan dihadapi Spurs ketika ini.

“Sekiranya Spurs tewas pada perlawanan ini, mereka akan ketinggalan lapan mata dengan kedudukan keempat walaupun masih kurang satu perlawanan. Bagaimanapun, saya percaya Spurs tidak akan memberi laluan mudah kepada Villa.

“Perlawanan ini juga mampu menjadi aksi penentu kepada perebutan tangga keempat jika Villa mampu menewaskan Spurs. Mereka mampu untuk menamatkan pe­rebutan kelompok empat teratas jika berjaya mendapatkan tiga mata,” katanya.

Difahamkan, Spurs masih belum dapat menggunakan ­khidmat beberapa pemain utama termasuk Pedro Porro, Richarlison, Fraser Forster dan Ryan Sessegnon yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Justeru, Villa sepatutnya memanfaatkan peluang tersebut bagi mendapatkan kemenangan penting, lebih-lebih lagi mereka akan mendapat sokongan puluhan ribu penyokong di gelanggang sendiri. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... e-liga-juara-juara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045316 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list