CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6973|Reply: 0

[Johor] Peraturan khas bendung trend pelajar hisap vape

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode

AZMAN pada sidang media selepas meninjau hari pertama persekolahan di SMK Sultan Ismail. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung aktiviti menghisap vape dalam kalangan pelajar yang membimbangkan ketika ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan trend pelajar bebas membeli produk vape dapat ditangani sebaiknya.

"Insya-Allah kita akan bersama KKM untuk melihat cadangan (peraturan khas) mengenai peningkatan trend pelajar menggunakan vape termasuk rokok.

"Ini antara komitmen KPM bagi memastikan perkara ini (peningkatan vape) dapat ditangani dan dibendung, malah inisiatif sudah dilaksanakan kementerian bersama pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).



"Di sekolah memang sudah ada peraturan dan panduan khas mengenai perkara itu (vape, rokok dan dadah), malah mandat sudah diberi pada guru bagi mengekang penularan trend vape dan merokok," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail (SSI) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.

Mengulas lanjut, Azman berkata, usaha menangani isu itu turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedia terjalin sebelum ini.

"Isu disiplin babit semua pihak bukan sahaja guru serta pengurusan sekolah malah ibu bapa dan masyarakat dalam beri kesedaran terhadap bahaya rokok dan vape.

"Proses pendidikan bagi menangani isu disiplin sebegini sudah lama dilaksanakan KPM dan kita nampak perkembangan positif kerana dapat komitmen jitu ibu bapa yang tak mahu anak terjebak dengan rokok, vape dan dadah," katanya.

Pada 5 Mac lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dilaporkan mendedahkan kira-kira 15 pelajar perempuan di setiap sekolah didapati menghisap vape dengan tiga hingga empat daripadanya mengalami ketagihan nikotin.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow dilapor berkata, menerusi tinjauan dilakukan persatuan, penggunaan vape dan rokok elektronik pada masa kini didapati sangat popular, berbanding sebelum pandemik Covid-19.

Bilangan pengguna yang menghisap vape dan rokok elektronik pula didapati meningkat sebanyak tiga kali ganda.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pelajar-hisap-vape

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.052468 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list