CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1772|Reply: 0

Pan-gon ‘pening kepala’ bertemu Oman

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode

PAN-GON (tengah) kini berdepan tugas mencabar untuk memastikan Harimau Malaya mampu bersaing sengit dengan Oman bulan ini.

KERJASAMA kelab tempatan yang membenarkan pemain menyertai latihan pusat Harimau Malaya lebih awal daripada tarikh kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menghadirkan kelegaan buat pengendali pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon.

Pan-gon mengakui beliau berdepan tugas tambahan untuk menyiapkan skuad terbaik sebelum aksi menentang Oman dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 22 dan 26 Mac ini.

“Situasi tidak begitu bagus kerana seperti kita tahu liga berhenti sejak Disember dan hanya akan bermula Mei ini. Ia membuatkan kami dalam kesukaran kerana pemain harus bermain setiap minggu.

“Kami memiliki perlawanan yang penting iaitu kelayakan ­Piala Dunia, tetapi saingan liga tidak berjalan. Selepas Piala Asia hingga sekarang, tiada perlawanan dan beberapa kelab pun belum memulakan pramusim.

“Jadi apa maksudnya? Secara fizikal dan tahap kecergasan dalam perlawanan kita kurang, beraksi di tempat lawan dengan masa berbeza dan berlangsung pada Ramadan. Kami sukar untuk menemui perkara positif sekarang, tetapi ini situasi yang kami perlu hadapi,” katanya.

Mengikut aturan FIFA tahun ini, kalendar perlawanan hanya akan dibuka bermula 18 hingga 26 Mac nanti.

Ketika ini, Harimau Malaya lulus dua ujian awal apabila me­ngatasi Kyrgyzstan dan Taiwan untuk mendahulu carta kelayakan Kumpulan D.

Jika kedudukan ranking diambil kira, Oman yang berada di kedudukan 80 dunia akan menjadi ujian sebenar buat Harimau Malaya ketika harapan peminat untuk melihat keputusan positif makin memuncak selepas mengikat Korea Selatan 3-3 di Piala Asia baru-baru ini.

“Ini kejohanan yang menarik, bersaing dengan pasukan No.80 dunia. Kami perlukan motivasi, tetapi kami juga perlu bijak kerana kalau terlalu menekan pemain, ia boleh mendatangkan kecederaan. Kalau tidak terlalu menekan, kita akan kurang dari segi kecergasan.

“Perancangan terbaik diperlukan dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi dua perlawanan itu,” jelas Pan-gon.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... epala-bertemu-oman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054071 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list