CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2124|Reply: 0

[Sabah] Pembinaan PPR di DUN Kukusan mampu tangani isu setinggan

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode


Yayasan Impak kepada penduduk.

TAWAU: Program Perumahan Rakyat (PPR) perlu dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan bagi mengatasi isu penempatan setinggan yang kini semakin meningkat di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Haji Jainal berkata, ketika ini terdapat enam penempatan setinggan di DUN itu yang kini semakin meningkat jumlah penduduknya.

Katanya, DUN Kukusan yang terletak di kawasan tepi bandar menjadi lokasi strategik penduduk mendirikan penempatan setinggan susulan peluang pekerjaan yang tinggi di dalam bandar.

“Kita memohon supaya pihak kerajaan dapat memberikan perhatian serius di kawasan DUN Kukusan untuk pembinaan rumah PPR.

“Penduduk yang kini tinggal di kawasan setinggan sangat memerlukan sebuah penempatan yang lebih selesa dan sistematik seperti perumahan PPR,” katanya.  

Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Sabah berkata demikian ketika ditemui pada Program Santunan Ramadan Anjuran Yayasan Impak yang menyantuni 40 penerima golongan asnaf di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa kini pihaknya juga sedang membantu penduduk di kawasan setinggan berkenaan lebih konsisten dalam menuntut penempatan mereka agar boleh digazetkan sebagai kampung.

“Kita memang sentiasa terbuka untuk menolong orang-orang kampung ini agar dapat menguruskan permohonan bagi mengazetkan kampung mereka secara rasmi melalui saluran dan prosedur yang betul.

“Permohonan ini perlu dilakukan dan diperbaharui setiap tahun serta memerlukan usaha susulan untuk mengetahui status kampung yang dipohon,” katanya.

Rina berkata, sebuah penempatan setinggan di DUN itu telah berjaya digazetkan sebagai kampung iaitu Kampung Jawa Sentosa.

Terdahulu pada program itu Rina berkata, bantuan bakul makanan sentiasa relevan kepada penduduk yang memerlukan dan berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) tampil menyalurkan sumbangan.

“Saya menzahirkan syukur dan terima kasih kepada Yayasan Impak kerana memilih penduduk kawasan DUN Kukusan sebagai penerima sumbangan ini,” katanya.


ASNAF: Rina bersama Dr Tajuddin dan penduduk kampung yang menerima bantuan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Impak, Dr Tajuddin Jali berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 1,500 keluarga di seluruh negara yang akan dibantu pada tahun ini.

“Untuk negeri Sabah, kita memberikan sumbangan bakul makanan kepada 100 keluarga kategori asnaf dan B40 yang kesemuanya disalurkan di daerah Tawau.

“Saya merayu kepada orang ramai dan dermawan supaya bersama-sama dengan Yayasan Impak bagi membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.309297 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list