CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16094|Reply: 0

[Johor] Nelayan hilang dipercayai terjatuh dalam laut selepas tarik pukat

[Copy link]
Post time 9-3-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Maritim Malaysia melakukan operasi CARILAMAT susulan seorang nelayan yang dikhuatiri hilang ke dalam laut di kedudukan lkira-kira 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil kira-kira pukul 4.10 petang semalam.

MERSING – Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menarik pukat di kedudukan kira-kira 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil kira-kira pukul 4.10 petang semalam.

Mangsa Mohamad Sufian Alwi, 32, seorang warga tempatan yang bekerja sebagai kru bot nelayan terakhir kali dilihat memakai seluar pendek berwarna hijau dan tidak berbaju.

Ekoran itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pukul 5 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Operasi CARILAMAT yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru disambung pada hari kedua dengan mengatur gerak bot PERKASA 31 hari ini.

Katanya, operasi turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Persatuan Nelayan Mersing dan komuniti nelayan setempat yang dimulakan pukul 7 pagi tadi.

Menurutnya, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Pejabat Zon Maritim Mersing.

“Status terkini mangsa masih belum dijumpai. Ketika kejadian mangsa bersama empat kru lain di bot tersebut. Dipercayai mangsa terjatuh selepas menarik pukat di mana secara tiba-tiba kru yang lain mendapati mangsa tiada.

“Kawasan pencarian dipecahkan kepada empat sektor dengan keluasan 74 batu nautika persegi. Maritim Malaysia mengingatkan seluruh komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan terutama ketika berada di laut dalam cuaca buruk dan tangguhkan dahulu sebarang aktiviti sekirannya keadaan tidak mengizinkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya sebarang maklumat, aduan dan serta situasi kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... elepas-tarik-pukat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056426 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list