CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13415|Reply: 0

[Sarawak] Kedai buku undang-undang dilancar di Kompleks Mahkamah Kuching

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:11 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Rahman (duduk) menandatangi plak sebagai tanda perasmian kedai buku Joshua Legal Art and Gallery di Mahkamah Kuching di sini, hari ini. Turut kelihatan, Joshua.

KUCHING: Kedai buku undang-undang yang dilancarkan di Kompleks Mahkamah Kuching di sini hari ini bakal menjadi destinasi sehenti bagi profesional undang-undang untuk mendapatkan semua sumber diperlukan dalam bidang kehakiman.

Cawangan ketiga kedai buku Joshua Legal Art and Gallery yang mula dibuka di sini sejak penghujung Januari 2024 merupakan kedai buku undang-undang pertama seumpamanya dibuka di mahkamah di Sarawak.

Selain Sarawak, kedai buku tersebut turut dibuka di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Pembukaan cawangan terbaharunya dilancarkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli pada satu majlis hari ini dan turut dihadiri oleh para pengamal undang-undang negeri.

Pengarah Urusan Joshua Legal Art and Gallery Joshua Paul berkata, pembukaan kedai buku seumpamanya di Kompleks Mahkamah Kuching bakal memenuhi keperluan pelbagai pihak dalam institusi kehakiman termasuklah para peguam, hakim dan pelajar.

Beliau berharap kedai buku tersebut bakal memenuhi matlamat utama pembukaannya iaitu menyediakan alat dan sumber penting yang diperlukan oleh peguam dalam melaksanakan kerja dengan berkesan.

"Alat (seperti buku dan sumber) ini amat diperlukan untuk mereka bekerja, tanpa akses kepada alat tersebut, peguam akan berhadapan cabaran dalam melaksanakan tugas mereka," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai majlis pelancaran kedai buku tersebut di Petra Jaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Joshua memberitahu, buku undang-undang mudah untuk diperoleh secara dalam talian pada masa kini, namun menurutnya, kedai buku fizikal masih menjadi tarikan utama berbanding kedai buku dalam talian.


Joshua menunjukkan antara buku yang dijual di sana.

"Tidak dinafikan pengamal undang-undang boleh mendapatkan buku yang sama dan diperlukan secara dalam talian. Namun, dengan adanya kedai secara fizikal, mereka akan boleh mendapatkan buku secara terus bahkan boleh merujuk salinan fizikal dengan mudah.

"Peguam senior terutamanya, lebih suka memperoleh buku undang-undang yang mereka perlukan secara fizikal. Mereka mahu menatap dan memegang muka surat buku tersebut, selain merujuk dan menjadikannya koleksi," katanya.

Pengamal undang-undang dan mereka yang berminat boleh mengakses kedai buku tersebut di Kompleks Mahkamah Kuching di sini pada waktu bekerja dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Kedai berkenaan menawarkan pelbagai pemilihan buku dalam bidang dan subjek membabitkan perundangan termasuklah pembinaan, undang-undang keluarga, undang-undang jenayah dan undang-undang kontrak.

Antara buku terbaharu dijual di sini adalah Civil and Criminal Appeals in Malaysia (Fourth Edition) yang ditulis Peguambela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Tan Kee Heng.

Selain menjual buku khusus membabitkan undang-undang baik daripada penulis tempatan mahupun luar negara, kedai berkenaan turut menjual aksesori membabitkan undang-undang seperti bagasi dokumen dan sebagainya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.196254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list