CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13390|Reply: 0

[Sarawak] Panel tetap Mahkamah Rayuan diharap diperuntuk kepada Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:07 PM | Show all posts |Read mode


Tan (lima kanan) dan Abdul Rahman (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan semasa majlis pelancaran buku 'Civil and Criminal Appeals In Malaysia' (Fourth Edition).

KUCHING: Peguambela dari Sarawak Tan Kee Heng berharap panel tetap Mahkamah Rayuan akan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

Beliau berkata sehingga hari ini, hanya sebuah Sub-Registry Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ditubuhkan di Kuching dan Kota Kinabalu sejak 2007 bagi tujuan memudahkan pemfailan dan penyampaian dokumen, sedangkan Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan selama kira-kira 30 tahun.

“Malaysia telah ditubuhkan lebih daripada 60 tahun. Boleh saya bertanya kepada semua rakan-rakan saya di sini; pada pandangan anda, adakah kedua-dua negeri Borneo ini berhak untuk mempunyai sekurang-kurangnya panel tetap Mahkamah Rayuan bersama dengan beberapa hakim Borneo yang berpengalaman?

“Ini juga akan membantu untuk mempercepatkan pendengaran rayuan di sini, selain menjimatkan kos untuk pihak yang terlibat dari dua negeri ini,” ujar beliau.

Tan berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran bukunya, 'Civil and Criminal Appeals In Malaysia' (Fourth Edition) yang disempurnakan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak (CJSS) Tan Sri Abdul Rahman Sebli di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Tan berkata, setakat Januari 2023, 6,300 rayuan belum selesai diputuskan di Mahkamah Rayuan dan majoriti besar rayuan berasal dari Malaya.

Jelasnya, keadaan ini menjejaskan kadar kepantasan pelupusan kes-kes rayuan dari Sabah dan Sarawak kerana tiada panel tetap khusus Mahkamah Rayuan yang diperuntukkan di Malaysia Timur untuk mendengarnya.

“Sudah tentu rayuan daripada kedua-dua negeri Borneo ini akan dilupuskan dengan lebih pantas, mungkin dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, jika terdapat panel tetap ditempatkan di sini kerana kita berhak mendapat atau sekurang-kurangnya dibenarkan mempunyai panel khusus Malaysia Timur.

“Jangan selalu maklumkan kepada kita bahawa penduduk di Malaysia Timur hanya mewakili kira-kira 20 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia. Kita mesti sentiasa ingat yang secara geografinya, Sarawak sendiri lebih besar daripada seluruh Malaya,” katanya.

Dengan beberapa anak Sarawak yang memegang jawatan penting dalam bidang kepimpinan dan kehakiman pada masa kini katanya, beliau percaya tidak mustahil sekiranya semua pihak berkepentingan dapat bekerjasama untuk mendapatkan panel tetap Mahkamah Rayuan yang berpangkalan di Malaysia Timur.

Ia juga katanya, selepas mengambil kira akan hakikat Sarawak merupakan rakan kongsi yang sama dalam pembentukan Malaysia.

Untuk rekod, anak-anak Sarawak yang dimaksudkan oleh Tan adalah Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof; Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Peguam Besar Negeri Sarawak, Datu Abdul Razak Tready yang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah bekas CJSS Tan Sri David Wong Dak Wah; Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan; Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071749 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list