CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13440|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 20 sertai seminar PSMB, AKKP anjuran YPNM dan HRD Corp

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:04 PM | Show all posts |Read mode


Para peserta bergambar dengan penceramah untuk seminar anjuran YPNM dan HRD Corp di Miri, pada Khamis.
MIRI: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), cawangan Kuching telah menganjurkan seminar tentang Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2022.

Penganjurannya mendapat kerjasama Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Ia telah diadakan di salah sebuah hotel di sini pada Khamis dengan penyertaan lebih 20 orang.

Seminar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran majikan tentang kedua-dua akta tersebut termasuk skop liputan dan pendaftaran dalam menyokong agenda Kementerian Sumber Manusia.

Wakil dari HRD Corp Sarawak, Lau Lee Hieng hadir menyampaikan penerangan tentang Akta PSMB 2001.

Pengerusi YPNM Miri Chong Kong Min berkata, AKKP 2022 memberi mandat kepada majikan untuk menetapkan seorang pekerja sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

"Matlamat utama program keselamatan dan kesihatan (termasuk penyelaras) adalah untuk mencegah kecederaan, penyakit, dan kematian di tempat kerja, serta penderitaan dan beban kewangan kepada  pekerja, keluarga mereka, dan majikan," jelasnya.

Beliau menambah,  YPNM komited untuk mengendalikan seminar dan Program Latihan & Pensijilan Penyelaras KKP di seluruh Sarawak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan semua majikan di Sarawak dan perlindungan kepada pengguna.

Menurutnya, YPNM kini bekerjasama dengan penyedia jurulatih bertauliah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) untuk mengendalikan kursus Penyelaras KKP.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.066959 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list