CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13448|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan taman rekreasi dialu-alukan, namun lebih penting cara memanfaatkannya

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-3-2024 03:03 PM



Dr Sim (lima kiri), Wee (empat kiri) dan yang lain menggaul 'yee sang' sebagai simbolik majlis itu.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian memuji langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan persekutuan membina sekurang-kurangnya 50 taman rekreasi awam setiap tahun di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu berkata, membina taman rekreasi awam bukan satu isu dan apa yang lebih penting ialah cara memanfaatkan kemudahan tersebut sepenuhnya.

"Kita boleh bina beberapa taman rekreasi awam dalam kawasan komuniti, ia tidak menjadi masalah tetapi kita harus belajar memanfaatkan taman ini dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program Tahun Baharu Cina MBKS, hari ini.

Dr Sim bagaimanapun menegaskan, adalah menjadi prerogatif Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi memutuskan sama ada perlu dibina lebih banyak taman rekreasi awam di negeri ini.

Menurutnya, setiap PBT komited membina taman rekreasi awam yang dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan.

Beliau berkata, taman rekreasi awam di bawah bidang kuasa MBKS juga menjadi tempat masyarakat setempat menjalankan aktiviti berkaitan kesihatan.

Bagi memanfaatkan sepenuhnya taman rekreasi awam, beliau berkata aktiviti perlu diadakan di taman itu selain memastikan pokok dan bunga ditanam untuk memastikan persekitaran sentiasa hijau dan ceria.

Beliau turut berbesar hati menyatakan lebih ramai belia, dan bukan hanya penduduk tempatan berhampiran, sanggup meluangkan masa mereka ke taman rekreasi awam di kawasannya, Batu Kawa.

"Ini memenuhi tujuannya. Taman bukan sahaja tempat orang ramai beriadah tetapi platform untuk kita berinteraksi dan memupuk hubungan yang lebih erat bagi menggalakkan keharmonian sosial," katanya.

Sementara itu, Dr Sim berkata Sarawak adalah sebuah negeri yang diberkati dengan rakyatnya daripada pelbagai latar belakang berkumpul untuk meraikan semua perayaan, sama ada Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai atau Tahun Baharu Cina.

Tegasnya, sambutan perayaan itu bukan semata-mata dimeriahkan dengan majlis tertentu, tetapi berfungsi sebagai jalan untuk menggalakkan persefahaman antara pelbagai kumpulan etnik.

Beliau turut berbesar hati dijemput untuk memeriahkan acara Pesta Musim Bunga MBKS tahun ini.

"Sebagai salah satu majlis tempatan terbesar di Sarawak, MBKS mempunyai bilangan pegawai dan kakitangan yang agak ramai tanpa mengira bangsa dan agama yang berganding bahu memberikan khidmat kepada masyarakat," tambahnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng berkata beliau mengalu-alukan langkah untuk mempunyai 50 lagi taman rekreasi awam setiap tahun di seluruh negara dan MBKS akan terus menaik taraf taman sedia ada.

Beliau berkata, tidak semua taman ini datang dengan saiz dan kemudahan yang sama, namun pihaknya tetap komited untuk memenuhi keperluan menaik taraf setiap taman.

MBKS juga tegasnya, mahu memastikan penjarakan fizikal boleh diamalkan di taman awam dan ini penting terutamanya selepas wabak COVID-19 tidak lama dahulu.

"Dengan lebih banyak ruang dan jarak selamat, kemungkinan jangkitan dapat dikurangkan. Ia akan lebih bermanfaat jika kita dapat mengembangkan dan menaik taraf taman sedia ada," katanya.

Wee berkata, MBKS sedang memantau secara proaktif semua taman awam di bawah jagaannya untuk menjalankan kerja-kerja pembesaran dan naik taraf bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk rakyat.

"Tahun lalu, kami telah menaik taraf Taman Kenyalang. Tahun ini, kami akan memberi tumpuan untuk menaik taraf yang di Taman Hui Sing. Sudah tentu kami tidak melupakan taman-taman lain," katanya.

Tambahnya, MBKS juga akan membida dana persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf taman awam di kawasannya.

Wee berkata, adalah penting untuk melihat taman awam dilengkapi dengan tandas awam, sambil menambah penggunaan taman ini tidak seharusnya terhad kepada komuniti berhampiran.

"Kami berharap semua orang akan menggunakan taman awam kami dengan baik kerana ia adalah milik kita bersama," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060570 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list