CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13462|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran lima kedai turut ranapkan MPV, motosikal

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode


Pihak bomba berusaha memadam kebakaran kedai di Jalan Ewe Hai, Kuching hari ini.

KUCHING: Sebanyak lima kedai dilaporkan terbakar di Jalan Ewe Hai di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.44 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Batu Lintang dan Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan lima kedai, iaitu dua kedai perabot yang telah terbakar sepenuhnya, dua kedai terbakar 50 peratus dan sebuah lagi kedai terbakar 30 peratus.

"Kejadian itu mengakibatkan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) dan motosikal turut musnah terbakar," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan teknik ofensif dan defensif bagi mengawal dan memadam kebakaran.

"Pasukan pemadam juga membuat 'fire break' untuk menghalang kebakaran daripada terus merebak ke unit kedai bersebelahan," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, difahamkan pihak bomba masih berada di lokasi untuk memastikan kebakaran tersebut telah padam sepenuhnya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056950 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list