CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13651|Reply: 0

[Sarawak] Umat Islam dinasihati hormati kesucian bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:53 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah (dua kiri) menyerahkan sijil halal kepada salah seorang peniaga, hari ini dan turut kelihatan Misnu (kanan).

LAWAS: Umat Islam di Sarawak dinasihatkan untuk menghormati kesucian bulan Ramadan yang disambut minggu depan dengan merebut segala ganjaran pahala dan tidak makan di tempat terbuka.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berkata, umat Islam perlu menjaga tingkah laku dan mengelak ditangkap kerana makan di tempat yang terbuka.

“Saya memohon kepada umat Islam di Sarawak khususnya hormatilah bulan Ramadan, kita tidak mahu berlakunya kes penangkapan kerana tidak puasa dan makan di tempat terbuka.

“Kalau kita tidak puasa sekalipun, makanlah di rumah jangan makan di tempat terbuka hormatilah bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Zon Halal Anjung Sari dan Medan Selera SEDC Daerah Lawas di Medan Selera Anjung Sari, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar  Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Katanya lagi, umat Islam akan melihat anak bulan pada Ahad ini di lokasi melihat anak bulan di Miri.

“Kita juga ingin me maklumkan bahawa insya-Allah kita akan melihat anak bulan pada 10 Mac ini dan saya dimaklumkan juga kemungkinan Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak yang baharu Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan mufti akan melihat anak bulan di Miri,” katanya lagi.

Dua lagi lokasi melihat anak bulan adalah di Bintulu dan Kuching.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059728 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list