CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13740|Reply: 0

[Sarawak] Elak parkir kenderaan di sepanjang laluan perarakan Tokong Tua Pek Kong, 11 Mac

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode


Tokong Tua Pek Kong, Kuching bakal mengadakan perarakan pada 11 Mac melibatkan beberapa laluan yang ditutup bermula pada jam 4 petang.

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masyarakat Cina Kuching memohon orang ramai agar memberi kerjasama dengan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang laluan perarakan Tokong Tua Pek Kong di sini.

Wakil lembaga, Kapitan Tan Teck Ming berkata perarakan berkenaan diadakan pada 11 Mac dan beberapa jalan yang dilalui turut ditutup pada jam 4 petang.

Katanya, antara jalan yang terlibat bermula dari tokong ke Main Bazaar, Jalan Gambier, Jalan Market (Open Air), Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Barrack, Jalan Pearl, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Carpenter, Jalan Ewe Hai, Jalan Wayang, Jalan Tabuan, Jalan Ban Hock, Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, UTC dan kembali semula ke tokong.

“Kami merayu kerjasama orang ramai dan mengelak daripada meletakkan kenderaan di sepanjang laluan perarakan.

“Acara tiga tahun sekali ini mengalu-alukan orang ramai dan pelawat, pelancong menyertai bersama, mempromosikan suasana agama Sarawak Harmoni,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tan berkata, penganjur setakat ini menerima 145 pasukan penyertaan.

Tokong Tua Pek Kong atau tokong Siew San Teng dipercayai telah wujud sebelum tahun 1839. Ia merupakan salah satu sejarah tokong tertua di bandar raya Kuching.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.072709 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list