CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7584|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk lega banjir di laluan SK Pakoh surut

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:31 PM | Show all posts |Read mode


Jambatan yang ditenggelami air pada Khamis sudah kelihatan hari ini.

SELANGAU: Penduduk terjejas kini boleh menarik nafas lega selepas laluan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pakoh yang dinaiki air banjir sedalam kira-kira lima kaki sudah mulai surut.

Penghulu Bansa Kunchau berkata, air mulai surut sekitar jam 5 petang Khamis namun beberapa kawasan masih ditenggelami air sedalam kira-kira dua kaki.
Pada ketika ini katanya, jalan tersebut sudah boleh dilalui oleh kenderaan berat.

"Air banjir mula surut sekitar jam 5 petang kerana pada waktu itu, saya melihat sudah ada orang yang mula menggunakan laluan tersebut.

"Jambatan yang sebelumnya ditenggelami air banjir juga kini sudah kelihatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Meskipun situasi tersebut bertambah baik, Bansa tetap mengingatkan penduduk untuk terus berwaspada dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

Pada Khamis, penduduk lebih 10 rumah panjang terpaksa menghentikan sementara kegiatan harian apabila laluan utama mereka ditenggelami air banjir.

Bansa turut mendakwa bahawa laluan tersebut mudah ditenggelami air terutama ketika hujan berpanjangan.

Sebagai langkah kecemasan, beliau turut mengajukan permohonan kepada pihak berkuasa untuk menyediakan perahu dan menempatkannya di Rumah Rama.

Menurut Bansa, kemudahan perahu ini sangat penting terutama dalam keadaan darurat seperti perjalanan ke hospital ketika musim banjir.

"Saya harap keadaan cuaca akan terus bertambah baik untuk membolehkan penduduk melanjutkan kegiatan harian mereka," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056437 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list