CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 0

[Sarawak] Inventori GHG antara tiga fungsi baharu NREB Sarawak

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:26 PM | Show all posts |Read mode


Jack bersama-sama tetamu yang hadir merakam kenangan semasa majlis berkenaan.

KUCHING: Menjalankan inventori gas rumah hijau (GHG) merupakan salah satu daripada tiga fungsi baharu Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak bagi memastikan agenda sifar bersih Sarawak menjelang 2050 tercapai.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam berkata, fungsi baharu itu seiring dengan hala tuju kerajaan Sarawak ke arah ekonomi hijau.

"Melalui Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekitar GHG 2023, NREB dipertanggungjawabkan untuk menjalankan inventori GHG dengan mendaftarkan industri berasaskan tenaga serta minyak gas.

"Selain itu, mendaftarkan juruaudit luar, menerima laporan pelepasan GHG daripada pihak industri dan mengenakan levi kepada pihak industri yang melepaskan GHG melebihi daripada kadar yang ditetapkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penghargaan Media NREB Sarawak di Hotel Sheraton di sini, malam Khamis.

Jack menjelaskan, NREB juga akan memantau pelaksanaan pengurangan pelepasan GHG berdasarkan kepada pelan yang dikemukakan.

Menurutnya, fungsi kedua NREB adalah berkaitan penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

"NREB akan terlibat bagi memastikan karbon yang dibawa masuk ke perairan Sarawak adalah bersesuaian selain mempunyai perjanjian dengan pemegang lesen atau agensi berkaitan di Sarawak serta diangkut menggunakan pengangkutan yang berlesen daripada agensi berwajib," jelasnya.

Pada masa sama, NREB turut mengambil alih fungsi pengurusan alam sekitar dari Jabatan Alam Sekitar melalui penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam aspek persekitaran yang akan dijalankan secara berfasa.

Katanya, fasa pertama fungsi itu melibatkan pengambilalihan pengurusan buangan terjadual yang dijangka akan diambil alih pada 1 Januari 2025.

"Pada masa ini, NREB mengadakan persiapan bagi lima aspek utama iaitu perundangan, pembangunan sistem, sumber manusia, operasi dan infrastruktur," jelasnya lagi.

Sementara itu, seramai lebih 50 pengamal media hadir menyerikan majlis tersebut yang bertujuan menghargai peranan media yang membantu agensi terbabit mengetengahkan program-program yang dianjurkan oleh pihaknya dalam usaha membantu kerajaan membangunkan negeri ini.

Turut hadir Presiden Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047218 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list