CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 0

[Sabah] Tiga penerima di Kg Kota Ayangan gembira dapat rumah SMJ, PPRT

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode


TERIMA: Mazlinah menerima replika kunci rumah mesra SMJ yang disampaikan Robert sempena majlis itu.

KENINGAU: Tiga penduduk di Kampung Kota Ayangan masing-masing menerima sebuah rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dua buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melalui program Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), baru-baru ini.

Simbolik penyerahan kunci rumah kepada Mazlinah Paulus; Norbert Paul Sauda dan Mohd Azizan Masri itu disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

Robert berkata ketiga-tiga penerima rumah bukan sahaja teruja dan gembira malah amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan sehingga merealisasikan hasrat mereka untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan sempurna.

Beliau percaya bantuan itu secara tidak langsung akan memberi sinar harapan baharu kepada ketiga-tiga keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian dengan lebih selesa berbanding sebelum ini.

Robert turut berharap bantuan rumah daripada kerajaan itu akan 'mengukir senyuman' diwajah penerima yang bakal menjalankan ibadah puasa dalam suasana di rumah baharu.

Mazlinah yang merupakan penerima rumah mesra SMJ ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat (Robert) kerana membantu beliau sehingga ia menjadi kenyataan.

Norbert dan Mohd Azizan juga mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Robert serta SLDB dan kerajaan kerana begitu prihatin terhadap nasib mereka dengan memberikan bantuan rumah yang lebih selesa untuk berteduh.

Hadir sama Penolong Pegawai Tadbir Kamaruddin S.Latif; Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO) Boniventure Harry; Penolong Jurutera Pejabat Daerah Keningau Roy Alfian Jamri; CDO Tinus Majib; Pemaju Mukim Tuarid Rahman Bidin; Pemaju Mukim Merampong Garrett Patrick; Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim; Kakitangan Pejabat ADUN Larry Philip; Ketua Kampung Kota Ayangan Musa Numan dan Pengerusi JPKK, Jamatin Kuman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.057741 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list