CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18329|Reply: 0

[Sabah] ‘Rider’ bantu pihak polis tangani jenayah setempat

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:10 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Jauteh melekatkan pelekat VSP di salah sebuah motosikal penghantar makanan.

KOTA KINABALU: Polis mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan penghantar p-hailing atau ‘rider’ yang berperanan sebagai mata dan telinga PDRM dalam membanteras jenayah setempat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, melalui kerjasama ini, pihaknya menyasarkan lebih 90 peratus rider akan mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memastikan keberkesanan program lebih berjaya.

“Sepertimana slogan PDRM iaitu "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" kita membabitkan syarikat penghantar makanan bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani jenayah di kawasan masing-masing.

“Umum mengetahui, rider berkerja dan bergerak ke seluruh kawasan tanpa mengira masa dan pergerakan mereka mampu membantu pihak PDRM memberi maklumat berkaitan kejadian yang berlaku di sekitarnya.

“Sekiranya mengesan kejadian kecemasan contohnya kemalangan jalan raya, pihak rider boleh memberikan pertolongan awal bersesuaian dengan kemampuan masing-masing,” katanya semasa ditemui media selepas pelancaran Conferencing Point Pondok Polis Beverly Hill dan Promosi VSP bersama penghantar makanan di sini.

Bercakap lanjut Jauteh berkata, rider juga mampu melakasanakan tanggungjawab menggagalkan kegiatan jenayah di sesebuah kawasan.

“Sekiranya mengesan kegiatan mencurigakan atau perbuatan jenayah terutama kes pecah rumah, penghantar makanan ini boleh membunyikan hon atau melakukan perkara yang menarik perhatian penjenayah sehingga membatalkan niat untuk melakukan jenayah.

“Secara tidak langsung, penjenayah akan melarikan diri dan beredar dari kawasan terbabit dan tiada kes jenayah berlaku pada waktu terbabit,” katanya.

Jauteh berkata, buat masa ini proses pendaftaran dalam kalangan penghantar makanan masih berlangsung dan pihaknya menyasarkan untuk membabitkan keseluruhan rider bagi tujuan ini.

“Kita menggalakkan mereka (rider) mendaftar secara sukarela bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di negeri ini.

“Melalui kerjasama ini juga mampu mengurangkan pelanggaran undang-undang berikutan pihak penghantar makanan akan segan melakukan jenayah termasuklah lumba haram atau pelanggaran kesalahan trafik lainnya berikutan adanya kesedaran jenayah yang tinggi dalam kalangan rider terbabit,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063634 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list