CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17855|Reply: 0

[Sabah] Mangsa kebakaran Kg Tanjung Batu Logpond rayu bantuan kerajaan

[Copy link]
Post time 7-3-2024 08:50 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Kira-kira 9,000 meter persegi kawasan kampung berkenaan musnah dalam kebakaran.

TAWAU: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah keadaan yang ditanggung kira-kira 286 mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Logpond, di sini pada Rabu.

Rumah dan semua harta benda tidak dapat diselamatkan dan ia menjadi detik hitam dalam hidup mereka apabila terpaksa menyambut bulan Ramadan tanpa tempat berteduh.

Malah, semua pakaian dan peralatan sekolah anak-anak mereka yang baharu dibeli turut musnah dalam kejadian kebakaran itu.

Semua mangsa kebakaran kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau dan rata-rata mengharapkan kerajaan dapat memberikan mereka tempat untuk berteduh.

Nasir Selamat, 71, yang tinggal sebatang kara mengharapkan kerajaan dapat membantu mendirikan semula rumahnya yang musnah terbakar.

“Saya tiada tempat mahu berteduh kerana tinggal sendiri tanpa keluarga dan hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sahaja.

“Sekarang rumah saya sudah terbakar dan tiada lagi tempat mahu tinggal, syukur saya sempat menyelamatkan diri ketika kejadian,” katanya.

Bagi Abasiah Mohd Omar, 57, berkata, kejadian itu adalah satu cubaan yang cukup berat kerana tiada keluarga tempat mengadu.

Katanya, dia hanya tinggal bertiga dengan dua orang cucu yang masih kecil, manakala anak saya kerja di semenanjung.

“Rumah ini adalah satu-satunya tempat kami berteduh dan dekat dengan tempat kerja saya, tetapi sekarang sudah musnah.

“Saya mengharapkan pihak kerajaan dapat membantu kami membina semula rumah di tapak yang terbakar kerana keadaan ekonomi kami hanya cukup-cukup makan sahaja,” katanya.

Sementara itu, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tawau, Nur Zahra Abd Razak berkata, semua peralatan dan pakaian sekolah yang dibeli tidak dapat diselamatkan dalam kejadian itu.

Katanya, dia tidak sempat selamatkan semua barang-barang sekolah yang sudah dibeli kerana masa itu api sudah terlalu dekat dengan rumah.

“Saya ketika itu bermain di luar rumah dan melihat ramai sudah orang berlarian menyelamatkan diri sambil berteriak minta tolong.

“Jadi, ibu saya terus menyuruh kami lari menyelamatkan diri tanpa mengambil barang-barang di dalam rumah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054271 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list