CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3664|Reply: 0

[Selangor] Lelaki ditahan rosakkan harta benda rumah kerana dadah

[Copy link]
Post time 7-3-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Antara barangan rumah yang dirosakkan oleh suspek ketika berada di bawah pengaruh dadah.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki tempatan yang mempunyai dua rekod lampau jenayah dan 14 rekod lampau kesalahan dadah, ditahan polis selepas disyaki melakukan khianat kepada adik kandungnya di Taman Keramat, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita berusia 42 tahun kira-kira pukul 4 petang.

Ujarnya, wanita tersebut mendapati cermin hiasan dinding telah dibakar di kawasan sampah luar rumah manakala kerusi juga dirosakkan.

“Pengadu menjumpai satu botol berisi minyak petrol di dalam bilik abang kandungnya.

“Wanita itu mensyaki abang kandung mengambil dadah kerana sebelum ini suspek pernah melakukan perbuatan yang mengancam keselamatan harta dan ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan suspek berusia 43 tahun di kawasan Taman Keramat, di sini pada hari yang sama kira-kira pukul 7.45 petang.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian kerana suspek di bawah pengaruh dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampathemine, amfetamin dan morfin.

“Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan merujuk kepada kianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... rumah-kerana-dadah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.515624 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list