CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6659|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dewan Rakyat: Ops Pantau bazar Ramadan bermula 12 Mac

[Copy link]
Post time 7-3-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan Ops Pantau di bazar Ramadan di seluruh negara bermula 12 Mac ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, langkah itu bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga tidak munasabah di bazar Ramadan tahun ini.

“Bagi 60 lokasi Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara, kita menyasarkan 40 peratus peniaga di situ menawarkan Menu Rahmah dan kita akan memberi inisiatif kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah sebanyak RM50.

“Kita akan memberi inisiatif kepada pengunjung (Bazar Ramadan Rahmah) e-wallet RM20 dan di setiap lokasi ada RM2,000 e-wallet akan dikeluarkan untuk membantu pengunjung membeli,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) mengenai modus operandi KPDN dalam memantau penjualan di bazar Ramadan tahun ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... dan-bermula-12-mac/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.188378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list