CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7215|Reply: 0

[Selangor] Hisap vape boleh dikompaun jika ada tembakau

[Copy link]
Post time 7-3-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

CYBERJAYA – Individu yang menghisap vape di tempat awam terutama di kawasan larangan boleh diberikan notis jika cecair vape digunakan mengandungi tembakau.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli berkata, pihaknya akan menghantar cecair vape itu dimakmal Jabatan Kimia untuk ujian pengesanan.

Beliau berkata, jika cecair itu sah mengandungi tembakau, maka individu berkenaan boleh dikompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau (2004).

“Langkah ini (ambil sampel) akan diteruskan sehinggalah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dikuatkuasakan kelak,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan Ops Tempat Makan di beberapa premis makanan di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Dr. Norhayati berkata, sejak dua hari lalu, Ops Tempat Makan telah mengeluarkan enam notis berkaitan tindakan menghisap paip air (shisha) atau lebih dikenali hookah.

Menurutnya, tiga notis kesalahan telah dikeluarkan pemilik premis punya kerana masih menyediakan perkhidmatan shisha.

“Kami akan sentiasa membuat pemantauan susulan bagi memastikan aktiviti penyediaan aktiviti hookah ini dapat dikawal.

“Kita juga akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Sepang (MpSepang) bagi menimbangkan tindakan lain di bawah bidang kuasa mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -jika-ada-tembakau/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047830 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list