CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7031|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Geng Tatan' aktif meragut tumpas

[Copy link]
Post time 7-3-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan 'geng tatan' yang disyaki terbabit jenayah ragut di sekitar daerah Sentul, susulan penahanan seorang suspek kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit mensasarkan penunggang motosikal dan individu yang berjalan sendirian sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, polis menerima laporan kejadian ragut daripada seorang wanita berusia 39 tahun pada Isnin lalu.

"Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa mendakwa diragut ketika di hadapan lif Flat Seri Perak, Bandar Sentul.


"Bertindak atas laporan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah menjalankan risikan dan menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di daerah ini pada jam 5.30 petang kelmarin.

"Polis turut merampas motosikal Honda RS150 dan jaket yang disyaki digunakan semasa kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, hasil soal siasat dilakukan mendapati suspek terbabit kegiatan meragut di kawasan perumahan bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas.

Beliau berkata, mereka mensasarkan pejalan dan penunggang motosikal dengan hasil ragut pula akan dijual di kedai mengikut jenis barangan diragut untuk mendapatkan wang sebelum dibahagikan sesama mereka.

Katanya, semakan mendapati suspek yang ditahan mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah.

"Penahanan suspek itu berjaya menyelesaikan enam kes ragut sekitar Sentul dan polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ragut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ktif-meragut-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048486 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list