CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7258|Reply: 0

[Selangor] Operasi Rokok: KKM keluar 214 notis bernilai lebih RM54,000

[Copy link]
Post time 7-3-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan notis kesalahan kepada orang awam yang merokok di premis makanan semasa operasi di sekitar Cyberjaya dijalankan. FOTO BERNAMA

Cyberjaya: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 214 notis kesalahan di bawah Seksyen 32(b) Akta Makanan 1983 dengan anggaran kompaun bernilai RM54,050 menerusi Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bertema "Ops Tempat Makan" yang diadakan dua hari sejak semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, daripada jumlah notis yang dikeluarkan, 110 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok di premis makan, 48 di kawasan kompleks beli-belah dan 20 di kawasan lapangan terbang.

Katanya, 29 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemilik premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan lima notis kerana gagal memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.

"Satu notis dikeluarkan atas kesalahan merokok oleh orang belum dewasa dan satu notis kerana gagal mempamerkan tanda larangan menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa," katanya kepada media selepas operasi berkenaan di sekitar Cyberjaya di sini, semalam.


Katanya, 16,046 operasi di bawah PPKHT 2004 dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun lepas, manakala 1,568 operasi dijalankan tahun ini sejak Januari lepas.

Beliau berkata, setakat tahun ini, lima negeri paling tinggi mencatatkan notis kesalahan merokok di premis makan adalah Selangor iaitu 750 notis, Johor (743), Pulau Pinang (595), Sarawak (586) dan Pahang dengan 519 notis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nilai-lebih-rm54000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.135566 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list