CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11253|Reply: 0

Saya tiada masalah dengan Enrique - Mbappe

[Copy link]
Post time 6-3-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang PSG, Kylian Mbappe meraikan kemenangan aksi Liga Juara-Juara bersama jurulatih Luis Enrique di Arena Reale, San Sebastian awal pagi tadi. – Foto REUTERS

SAN SEBASTIAN, Sepanyol: Kylian Mbappe menegaskan dia "tidak mempunyai sebarang masalah" dengan jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique selepas menyumbat dua gol ketika menang ke atas Real Sociedad pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Menyarung lilitan lengan sebagai kapten, Mbappe membuka tirai jaringan selepas 15 minit pada aksi kedua di San Sebastian sebelum meledak sekali lagi pada awal babak kedua.

PSG menang perlawanan itu 2-1 dan memastikan kemaraan 4-1 secara agregat selain tempat ke suku akhir buat kali pertama sejak 2021.

"Tidak mengapa. Tidak ada masalah dengannya, walaupun orang mungkin menganggap ada masalah. Saya memang ada masalah tetapi jurulatih bukan orangnya," kata Mbappe kepada Canal Plus apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Enrique.



Terdahulu, Mbappe sama ada bermula dari bangku simpanan atau digantikan dalam tiga aksi terakhir Ligue 1 sejak memaklumkan kepada kelab dia akan pergi apabila kontraknya tamat hujung musim ini.



Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kiri) bersaing dengan pertahanan Real Sociedad, Hamari Traore pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Anoeta, San Sebastian awal pagi tadi. – Foto AFP

Dia digantikan selepas rehat ketika seri 0-0 di bekas kelabnya Monaco hujung minggu lalu, tetapi dia beraksi 90 minit kali ini dan mengumpul 34 gol dalam 34 perlawanan musim ini.

"Kami terlalu gembira layak ke suku akhir," jelas Mbappe, yang menyerlah dalam jentera serangan yang menyaksikannya beraksi di sayap kiri, dengan Bradley Barcola di kanan serta Ousmane Dembele di tengah.

"Saya tidak mempunyai sebarang mesej khusus. Saya sering kali mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara.

"Ia satu pertandingan yang penting. Saya cuba beraksi pada tahap terbaik sepanjang masa. Kadang-kadang ia menjadi dan kadang-kadang tidak, tetapi saya tidak akan lari daripadanya."

Naib juara pada 2020, PSG tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara dan tersingkir pada pusingan 16 terakhir dalam lima daripada tujuh musim terakhir. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ngan-enrique-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043563 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list