CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3636|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kes pesilat maut: Polis panggil 4 saksi

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:56 PM | Show all posts |Read mode

WAN Muhammad Haikal meninggal dunia awal pagi Ahad.

Seremban: Polis sudah memanggil empat saksi termasuk penganjur pertandingan kejohanan pra-Sukma bagi memberi keterangan berhubung kejadian atlet silat Terengganu yang meninggal dunia, awal pagi Ahad lalu.

Difahamkan keterangan itu untuk mengetahui bagaimana kejadian menimpa Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, ketika pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, keterangan mereka diambil tidak menjurus kepada siasatan yang berunsurkan jenayah.

"Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini kematian pesilat itu tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).



"Namun kami rakam keterangan saksi-saksi ini untuk tahu apa yang berlaku di lokasi, misalnya bagaimana mangsa terjatuh dan sebagainya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Hatta berkata, memandangkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital dan bukan lokasi kejadian, kes berkenaan di bawah bidang kuasa pihak hospital.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa punca kematian pesilat kelahiran Jertih, Terengganu itu akibat pendarahan dalam otak.

Sebelum ini media melaporkan Allahyarham Wan Muhammad Haikal tidak sedarkan diri ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Sabtu lalu.

Allahyarham difahamkan rebah ketika pertandingan dan diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia jam 1.20 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lis-panggil-4-saksi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.191315 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list