CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3664|Reply: 1

[Johor] 'Carilah anak itu, dia tetap anak kamu' - hakim

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Haidil Haiqal dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku salah merogol kenalan hingga melahirkan anak. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Kalau sudah bebas nanti, carilah anak itu kerana dia tetap anak kamu," pesanan Hakim Abu Bakar Manat ketika menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah merogol kenalan bawah umur hingga melahirkan anak, dua tahun lalu.

Mohamad Haidil Haiqal Abdullah, 20, yang sepatutnya mendirikan rumah tangga bulan lalu, membuat pengakuan itu ketika dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Dia didakwa merogol kenalannya yang ketika itu berusia 13 tahun, hingga melahirkan bayi perempuan pada Mei, iaitu seminggu dia ditahan polis pada 30 April tahun lalu.

Malah, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bayi yang dilahirkan mangsa mendapati ia sepadan dengan tertuduh.



Dalam pada itu, Abu Bakar dalam penghakiman berkata, walaupun tiada unsur paksaan serta ada elemen suka sama suka, namun disebabkan mangsa masih di bawah umur ia dianggap sebagai kes rogol.

"Memanglah kamu (tertuduh) melakukan perkara itu atas dasar suka sama suka, yang menjadi masalahnya apabila mangsa masih bawah umur," katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa merogol mangsa di rumahnya di Kluang antara Mei hingga November 2022.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman paling ringan kerana dia perlu menanggung lima lagi adik beradiknya.

Namun, pihak pendakwaan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam agar tidak melakukan perkara sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bermula dari 15 Januari lalu, serta tiga sebatan, selain mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis setahun sebaik selesai menjalani hukuman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tap-anak-kamu-hakim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 03:25 PM | Show all posts
Dia didakwa merogol kenalannya yang ketika itu berusia 13 tahun


tak payah carilah, semak je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.554553 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list