CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 0

[Kelantan] Polis jejak Mohd. Fared sehingga ke Thailand

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Zaki (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Zakaria di IPD Machang hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

MACHANG – Polis Kelantan akan menjejak Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia, Mohd. Fared Abdul Ghani, 56, sehingga ke Thailand bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan dan pergaduhan di khalayak ramai baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan masyarakat dan pihak berkuasa di negara jiran sekiranya Mohd. Fared masih tidak tampil untuk memberi keterangan.

Menurutnya, mangsa sudah tampil membuat laporan dan polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Mohd. Fared sebelum ini dikatakan terbabit dengan kes ugutan dan pergaduhan di khalayak ramai. Justeru, kita perlu mengambil keterangan daripada suspek bagi meneruskan siasatan.

“Polis Kelantan tidak akan berdiam diri dan terus memburu suspek hingga ke negara jiran. Kita tidak menolak kemungkinan bahawa suspek kini sibuk dengan tugasan dan tidak mampu untuk tampil memberi keterangan kepada polis,” katanya pada akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, beliau berharap kes tersebut dapat diselesaikan selepas Mohd. Fared memberi kerjasama kepada pihak polis.

Menurutnya, apabila siasatan selesai, pihaknya boleh menghantar kertas siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Kosmo! hari ini melaporkan, Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia merupakan antara empat individu yang dikehendaki oleh polis berhubung kesalahan jenayah seperti pukul, ugut, mendatangkan cedera dan pecah rumah di daerah ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... hingga-ke-thailand/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.094773 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list