CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2080|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bapa tular pukul anak guna kerusi dipenjara lima tahun

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 16 tahun enam bulan di Rembau, Januari lalu. Foto NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang bapa yang tular memukul serta mencederakan anaknya di Kendong, Rembau, pada 23 Januari lalu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, berusia 47 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas anak kandungnya menggunakan sebuah kerusi plastik, bakul pakaian dan papan seterika yang mungkin boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh yang diwakili peguam, Roslaili Alias memohon hukuman minima berikutan tertuduh hanya bekerja sebagai mekanik lori dengan gaji RM1,000 sebulan selain menanggung anaknya yang dicederakan itu serta ibu bapa.

“Tertuduh juga mempunyai penyakit asma dan merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Semasa hari kejadian, mangsa dipukul berpunca daripada penipuan dan provikasi ditimbulkan dengan menuduh dirogol tertuduh.

Menurut Roslaili, anaknya itu sering keluar bersama teman lelaki dan ada kala tidak pulang ke rumah jadi tertuduh memukul remaja itu bagi tujuan mendidik selain bimbang dengan keselamatan mangsa.

Bahkan menurutnya lagi, kecederaan pesakit bukan lah kecederaan parah berdasarkan laporan dari Hospital Tampin, pesakit telah dirawat kerana mengalami gegeran di kepala.

“Simptom pening seketika, tidak alami hilang ingatan, tiada perubahan tingkah laku, luka dijahit di kepala sahaja. Bagaimanapun tertuduh telah insaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi selain ia merupakan kesalahan pertama tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran ke atas tertuduh berikutan ia disifatkan sebagai kesalahan serius.

Sebelum ini, di Mahkamah Sesyen Seremban, tertuduh mengaku tidak bersalah merogol anaknya sendiri yang di bawah umur dalam kejadian di Kendong, Rembau, November tahun lalu sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datin Surita Budin. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... penjara-lima-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.090123 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list