CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6645|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada laporan polis wanita warga asing diraba 50 kali sehari – Allaudeen

[Copy link]
Post time 5-3-2024 02:06 PM | Show all posts |Read mode

Allaudeen.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan seorang wanita warga asing diraba 50 lelaki ketika berjalan di ibu negara dalam masa satu hari.

Ia susulan seorang bekas wartawan warga asing menerusi laman media sosial X berkongsi pengalaman mengejutkan, mendakwa terpaksa berdepan dengan 50 lelaki tempatan yang cuba meraba payudaranya ketika sedang berjalan dari Pasar Seni ke sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pemilik akaun tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan berhubung dakwaan tersebut.

Kata beliau, sekiranya tidak bertindak demikian, kenyataan wanita tersebut hanyalah fitnah yang tidak berasas selain secara tidak langsung memburukkan nama Kuala Lumpur.

“Kalau betul ada kejadian (seperti didakwa) buat laporan polis. Jangan sebarkan perkara yang tidak benar dan tidak berasas.

“Ini (dakwaan diraba 50 kali sehari) hanya menimbulkan rasa gusar dan ketakutan orang awam,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Allaudeen, tiada tindakan juga diambil setakat ini terhadap wanita itu kerana tiada laporan diterima berkaitan kenyataan dikeluarkannya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan wanita terbabit turut mendakwa, wanita berkulit putih tidak selamat berjalan kaki di Kuala Lumpur kerana berpotensi dicabul bagi setiap dua minit.

Dakwaan tersebut susulan kisah tular pasangan pelancong asing yang bukan sahaja dipukul, malah teman wanitanya juga dirogol bergilir-gilir ketika berada di India.

“India bukan satu-satunya tempat seperti ini. Seorang wanita kulit putih yang berjalan melalui Kuala Lumpur boleh menjangkakan payudaranya diraba kira-kira setiap dua minit,” katanya menerusi satu ciapan di aplikasi X.

Dia kemudiannya berkongsi pengalaman berdepan dengan 50 lelaki yang dikatakan cuba meraba payudara miliknya ketika sedang berjalan dari Pasar Seni ke sebuah hotel di ibu kota.

Katanya lagi, dia pernah tinggal di Kuala Lumpur selama lapan tahun dan sentiasa diganggu begitu, sama seperti rakan wanitanya lain yang juga berkulit putih.

Susulan itu katanya, dia berpindah ke Singapura dan mula bawa payung besar serta memukul sesiapa sahaja yang memegang payudaranya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... i-sehari-allaudeen/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047805 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list