CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7589|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Helikopter terhempas ketika aktiviti latihan menyelamat

[Copy link]
Post time 5-3-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Kejadian helikopter APMM terhempas berhampiran Pulau Angsa, pagi tadi.

PUTRAJAYA – Helikoter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terhempas di Perairan Angsa, Selangor pagi tadi berlaku ketika aktiviti latihan menyelamat.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin berkata, helikopter jenis AW 139 dengan nombor pendaftaran M72-01 itu terhempas kira-kira pukul 9.55 pagi.

Katanya, maklumat awal diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada pukul 10.15 pagi tadi.

“Pesawat yang mendarat cemas diterbangkan oleh Leftenan Komander Maritim, Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim.

“Aset APMM diatur gerak ke lokasi kejadian melibatkan bot Pengasal 25 dari APMM Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, kesemua kru AW139 telah diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan telah diterbangkan ke SUMS.

Katanya, ketika kejadian berlaku, bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantuan awal kepada kru terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan KM BAGAN DATUK juga diatur gerak ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

“APMM juga mengucapkan terima kasih atas maklumat dan tindakan pantas daripada komuniti maritim yang membantu CARILAMAT kejadian ini. Operasi CARILAMAT telah ditamatkan oleh CAAM pada pukul 11.15 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca-punca kejadian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... latihan-menyelamat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.132776 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list