CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6921|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerajaan belum bercadang perkenalkan semula GST

[Copy link]
Post time 5-3-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Amir Hamzah Azizan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kerajaan belum bercadang memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disebabkan penggunaannya yang luas.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia juga bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkannya semula memandangkan rakyat terutama berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup kini.

"Kerajaan belum bercadang melaksanakan GST lagi kerana ia bersifat cukai penggunaan yang luas dan dengan itu, bukan masa sesuai memperkenalkannya semula memandangkan rakyat terutamanya berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup.

"Walaupun kadar inflasi 2023 secara purata adalah 2.5 peratus tetapi bagi makanan dan minuman hampir lima peratus. Kategori ini yang lebih dirasai oleh rakyat jelata dan antara faktor dikekalkan kadar cukai perkhidmatan kepada enam peratus untuk makanan dan minuman," katanya di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau berkata demikian mengulas soalan tambahan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang bertanyakan adakah kerajaan bersedia memperkenalkan semula GST memandangkan lebih 175 negara melaksanakannya.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kerajaan akan terus menambah baik kadar cukai sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan bagi memperkenalkan cukai baharu seperti GST.

"Bagi memenuhi keperluan meningkatkan hasil negara, kerajaan mengambil pendekatan berperingkat dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai lebih kemampuan terlebih dulu.

"Sebagai contoh, walaupun kadar cukai perkhidmatan meningkat dari enam ke lapan peratus, cukai perkhidmatan untuk elektrik hanya dikenakan atas pengguna domestik melebihi 600 kilowatt jam (kWj) iaitu golongan 15 peratus pengguna terbesar.

"Baki 85 peratus pengguna itu pula, tiada cukai perkhidmatan dikenakan atas bil elektrik. Di samping itu, bil air dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

"Dalam masa sama, kerajaan juga memperkenalkan beberapa cukai lain antaranya cukai keuntungan modal, cukai barang bernilai tinggi selain memperluaskan skop dan meningkatkan kadar cukai perkhidmatan bagi memperluaskan asas cukai yang sedia ada tetapi tidak menjejaskan kehidupan harian kebanyakan rakyat," katanya.

Menurutnya, kerajaan akan memastikan sebarang langkah cukai yang dilaksanakan tidak memberi kesan langsung kepada golongan rentan dan kebajikan mereka akan terus dilindungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kenalkan-semula-gst
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055279 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list