CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4350|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bas ekspres dibenar turunkan pelajar dalam kampus

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Bas ekspres kini dibenarkan menghantar pelajar ke dalam kampus IPT. - Foto BH

KUALA LUMPUR: Pengendali bas ekspres boleh mengemuka permohonan kelulusan khas bertempoh kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menurunkan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) terus ke dalam kampus.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kemudahan itu dibenarkan dalam situasi tertentu, terutama pada lewat malam.

Selain itu, kelulusan berkenaan turut diberi sekiranya perkhidmatan pengangkutan batuan akhir seperti bas berhenti-henti, teksi dan e-hailing sukar diperoleh.

"Kementerian Pengangkutan melalui APAD mengeluarkan kelulusan khas bertempoh untuk bas ekspres menurunkan pelajar IPT terus ke dalam kampus pada waktu tertentu.



"Pengendali bas ekspres perlu membuat permohonan kepada APAD bagi mendapatkan surat kelulusan terbabit," katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang mahu Kementerian Pengangkutan menyatakan sama ada bas ekspres dibenarkan menurunkan mahasiswa berdekatan dengan IPT mereka atas faktor keselamatan dan penjimatan kos, terutama pada waktu malam.

Pada masa sama, katanya, kerjasama merentas kementerian turut dilaksanakan bagi melindungi keselamatan pelajar.

"Kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dibuat bagi memastikan fasiliti yang selamat disediakan di dalam kampus yang terbabit.

"Ini bagi memastikan bas dapat masuk dan menurunkan penumpang di lokasi yang selamat," katanya.

Beliau turut memaklumkan komitmen kementeriannya, khususnya melalui APAD untuk terus menambah baik jaringan pengangkutanuntuk mahasiswa.

Katanya, ini termasuk, memastikan kesinambungan perkhidmatan bas ekspres yang juga perkhidmatan jarak jauh daripada satu terminal ke satu terminal, selain perkhidmatan 'last mile' (batuan akhir) yang diyakini dan selamat.
https://www.bharian.com.my/berit ... elajar-dalam-kampus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049725 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list