CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3086|Reply: 0

[Selangor] Enam syarikat serah RM4.25 juta zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Na'im bergambar bersama wakil enam syarikat dan wakil PPZ-MAIWP pada majlis penyerahan zakat perniagaan semalam.

PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menerima zakat perniagaan berjumlah RM4,254,752.03 daripada enam buah syarikat semalam.

Penganjuran majlis tersebut adalah simbolik penyerahan zakat perniagaan syarikat-syarikat korporat di Wilayah Persekutuan kepada PPZ-MAIWP bagi haul 2022 dan 2023.

Enam syarikat tersebut terdiri daripada Cypark Resources Berhad, GMA Resources Sdn. Bhd, KPJ Healthcare Berhad, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, 16 peratus daripada kutipan zakat pada tahun 2023 adalah daripada pembayaran zakat perniagaan iaitu sebanyak RM165.7 juta.

Beliau berkata, zakat perniagaan adalah penyumbang kedua terbesar kutipan zakat selepas zakat pendapatan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang masih dan terus menunaikan zakat.

“Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada lebih ramai syarikat dan individu di luar sana agar tampil menunaikan zakat demi memastikan lebih ramai asnaf terus terbela,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, penyerahan zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh wakil setiap syarikat kepada PPZ-MAIWP) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Ia turut disaksikan oleh Mohd Na’im dan Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tanggungjawab menyebarkan dakwah ini bukan terletak kepada institusi agama semata-mata, malah ia adalah tanggungjawab dan amanah bersama untuk terus menyebarkan Islam di mata dunia begitu juga dengan ibadah zakat.

“Sebagai majikan, ambillah tanggungjawab dan peranan untuk mendidik kakitangan agar menunaikan kewajipan rukun Islam ketiga ini.

“Sama-sama kita panjangkan kepentingan ibadah ini agar kemanisannya dapat dirasai bersama,” tambahnya lagi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... n-kepada-ppz-maiwp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.118975 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list