CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8110|Reply: 78

[Jenayah] Hot Daddy, dua rakan wanita didakwa lagi, jual video lucah

  [Copy link]
Post time 4-3-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hasli Ikhwan (kiri) bersama dua rakan wanitanya didakwa lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, atas satu pertuduhan menjual video lucah, dua bulan lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya berhubung video tidak bermoral, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menjual video lucah, dua bulan lalu.

Dua penganggur iaitu, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan Norhidayah Mahadi, 24, manakala pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjual rakaman video lucah bagi maksud menunjukkan secara awam, di Pejabat Siasatan Jenayah D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini, antara jam 11.47 dan 11.54 malam, 15 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hot Daddy, dua rakan wanita didakwa lagi, jual video lucah

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hasli Ikhwan dan Norhidayah yang memakai baju berwarna hitam, didakwa atas satu pertuduhan memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam, di pejabat D7 Ibu Pejabat Daerah Polis Wangsa Maju, di sini, pada jam 4 petang, 22 Januari lalu.

Dua tertuduh ini boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda antara RM10,000 dan RM50,00 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim, Siti Aminah Ghazali membenarkan setiap tertuduh ini diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Dalam dua kes itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal dan Sheryn Yong Shi Yee manakala Hasli Ikhwan diwakili peguam, Mohammed Hissham Ramdzan sementara peguam, Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar untuk dua tertuduh wanita terbabit.

Pada 26 Januari lalu, Hasli Ikhwan dan dua rakan wanitanya, Norhidayah serta pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, didakwa masing-masing atas satu pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X di Pejabat D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini, pada jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1) (e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki dikesan menjalankan aktiviti menjual rakaman video seksnya dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.

Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang, 17 Januari lalu.
Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Haritu kemain jantan kepham ni bermask bagai kan. Lepas dijemput ke rancangan jadah apa ntah,siap ada netizens bergambar ,dah tak pakai mask lak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Asshole.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:45 AM | Show all posts
Uuuuuuuuuuuuuuuuuuu……..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak org??? Xfikir kesan pd ank2 ke atau dia xkisah if ada org rakam ank dia ngeseks n jual?!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Time madanon ni sisi jahat rakyatnya mulai hidup segar menepati citarasa kerajaan baharu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Cian famili dia..

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya berhubung video tidak bermoral, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menjual video lucah, dua bulan lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bidio mane bidio??
Utk research purpose
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 5-3-2024 01:34 AM
Haritu kemain jantan kepham ni bermask bagai kan. Lepas dijemput ke rancangan jadah apa ntah,siap ad ...

Same, baru nak sebut perkara sama. Dah xde rasa maku segan. Dah mcm free marketing pula kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 5-3-2024 06:41 AM
Bidio mane bidio??
Utk research purpose

Sungguh tkde integriti menjual maruah mana sifat malu sbgi lelaki melayu islam sewajarnya menjadi contoh baik pada anak2 saya harap mamat dihukum mengikut hukum islam jadi pengajaran dan tauladan..juga mana bukti vidio itu saya perlukan utk kajian sivik akan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Badan debab macam babi pun ada hati nak berlakon filem lucah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti malu giler sape yg jadi anak heols...mesti kat skolah cikgu/kawan menganjeng "bapak ko keje main pokeyy busuk betina jer", dgr pun low class giler instead of ayat cmni " fuyoo ayah ko keje saintis cipta roket, aku nak jadi mcm ayah ko nanti"...haa ank dgr pun rase bangga jer dgn keje bapak kita tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:19 AM | Show all posts
sifat malu kan salah satu dari cabang iman....mcm nie lah agaknyer bila dah takde iman dlm diri.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 5-3-2024 06:30 AM
Cian famili dia..

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai  ...

Biasanya anak2 camni akan mewarisi kerja jahat mak bapak dorang.  Mangsa keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi siap duk serumah bertiga ke apa?
Urban betoii ni walau nama memasing berbunyi ereb.
Dorang ni open relationship je la kot kan, walau ada pasangan tp takde hal kalau berlakon atau ngesek bebetul ngn sapa2 pun janji kachingggg!!
Kalau gini bukan cinta namanya org yg bercinta ada rasa cemburu dan insecure ngn pasangan.

Iols percaya bukan depa je gini mesti ramai lagi org lain camni cuma tak kantoi je lagi
Ada sorang kat tiktok tu nama miza ozawa ke apatah penah gak fyp post dia
Katanya tukang urut lelaki tp caption kat vtt dia mengundang sgt herannya takda sapa pun report taktau la kalau tu marketing dia je
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols heran mcmana Ada yang nak selfie dgn dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 5-3-2024 06:41 AM
Bidio mane bidio??
Utk research purpose

kan katanya jual..
chuols nak kena bayar hokehh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bila jd pornstar pun dh jd kebanggaan ...rosak lah masa akan dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama full dia bg mmg senang senang org kenal anak dia kat skola.. mesti malu giler anak-anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:01 AM | Show all posts
sapa penah tuntun bideo dia ni? saja nak tanya la...
kot yg pernah tuntun...si hot dedi ni belakun nampak muka dia skli ka, nampak vatang dia ja?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.316379 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list