CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3492|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tanda tanya OPR naik atau tidak Khamis ini

[Copy link]
Post time 4-3-2024 06:32 PM | Show all posts |Read mode

MPC bakal bermesyuarat buat kali kedua tahun 2024 pada hari Rabu dan Khamis ini. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadualkan mengadakan mesyuarat keduanya bagi tahun 2024 pada Rabu dan Khamis ini, antara lain bagi menetapkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Pada mesyuarat pertamanya yang telah berlangsung pada Januari lalu, jawatankuasa berkenaan mengekalkan OPR pada paras tiga peratus.

Konsensus menjangkakan tiada perubahan dalam OPR pada mesyuarat kali ini, dengan penunjuk utama kestabilan monetari seperti inflasi kekal stabil pada 1.5 peratus Januari lalu, manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun keempat 2023 mencatatkan pertumbuhan tiga peratus

Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid turut bersetuju dengan pandangan berkenaan, sambil menyifatkan ekonomi negara masih mencatatkan pertumbuhan positif.

Jelasnya, ia termasuk angka eksport dan import yang positif dengan pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus dan 18.8 peratus pada Januari lalu, manakala kadar pengangguran terus stabil pada paras 3.3 peratus setakat bulan Disember.

“Pertimbangan utama yang dijangka diberikan dalam mesyuarat berkenaan adalah prospek pertumbuhan ekonomi luaran terutamanya melibatkan negara-negara maju dan China, selain prospek kadar inflasi bagi tahun ini yang dijangka bergerak sekitar 2.1 sehingga 3.6 peratus.

“Pihak kami berpendapat BNM kini berada dalam mod tunggu dan lihat terutamanya berhubung perkembangan ekonomi luaran serta perlaksanaan dasar kerajaan terutamanya konsolidasi fiskal,” katanya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... u-tidak-khamis-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.065658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list