CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5830|Reply: 0

[Johor] Nur Khayla perlukan RM250,000

[Copy link]
Post time 4-3-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Noreen bersama Nur Khayla yang menghidap penyakit Biliary Atresia ketika ditemui di rumahnya di Taman Ros, Batu Pahat baru-baru ini.

BATU PAHAT – Seorang pekerja kilang buntu mencari dana untuk menampung kos rawatan pemindahan hati anaknya yang menghidap penyakit Biliary Atresia sejak dilahirkan berjumlah RM250,000.

Noreen Ismail, 35, berkata, anaknya, Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham, 2, dijadual menjalani pembedahan pemindahan hati di China bulan depan dan kini dalam proses menaikkan berat badan.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah kewangan terkumpul. Setakat ini, kami baru dapat kumpul sebanyak RM18,000 sedangkan kos diperlukan adalah RM250,000.

“Jumlah ini tidak mampu untuk kami sediakan jika hanya bergantung harap kepada gaji diperolehi hasil daripada bekerja kilang bersama suami, Mohamed Khairul Idhham Khairuddin (38),” katanya ketika di temui dirumahnya di Taman Ros di sini.

Menurut Noreen, dia juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan bermula ming­gu hadapan sebagai persiapan untuk proses pembedahan ber­kenaan.

Jelasnya, suaminya juga akan mengambil cuti sebulan sepanjang berada di China.

“Nur Khayla sebelum ini ­telah menjalani pembedahan bagi membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus terus ke hati supaya hempedu dapat mengalir dari hati terus ke usus.

“Pembedahan itu untuk mengelakkan kerosakan hati menjadi lebih teruk.

“Saya amat berharap ada pihak yang bersimpati dengan nasib anak kami seterusnya me­nyalurkan bantuan seikhlas hati bagi membolehkan proses pembedahan dapat dilakukan segera,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubunginya di talian 016-3279252 atau terus menghulurkan bantuan ke tabung Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata di akaun Maybank 551575307417.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/04/nur-khayla-perlukan-rm250000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.044573 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list