CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5151|Reply: 0

[Selangor] Tiga lelaki warga Bangladesh maut dilanggar komuter

[Copy link]
Post time 4-3-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode

Antara mayat lelaki yang ditemui maut dipercayai dilanggar komuter dalam kejadian di Landasan KTM, Taman Puncak Utama Jade Hill, Kajang, malam tadi.

KAJANG – Tiga lelaki warga Bangladesh maut dipercayai dilanggar komuter dalam kejadian di Landasan KTM, Taman Puncak Utama Jade Hill, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.53 malam berkaitan kejadian itu.

Katanya, seramai lima anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah komuter telah melanggar tiga lelaki Bangladesh berusia antara 30-an hingga 40-an.

“Mereka didapati menceroboh melalui landasan kereta api dan kesemua mangsa dipercayai tercampak di tepi landasan terbabit dan tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian.

“Operasi selesai pada pukul 12.05 tengah malam dan ketiga-tiga mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -dilanggar-komuter/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.684873 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list