CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9748|Reply: 0

[Kedah] Rezeki ketika cuaca panas

[Copy link]
Post time 4-3-2024 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Rezeki ketika cuaca panas


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 4, 2024 @ 8:53am  bhnews@bh.com.my




Nurul Asyikin Noor Rasdi menunjukkan strawberi yang ditanam mengeluarkan buah yang banyak ketika cuaca panas. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI




SUNGAI PETANI: Cuaca panas atau fenomena El Nino yang melanda sejak Januari lalu mendatangkan rezeki buat pengusaha Warung Strawberi Cik Haza di Sungai Jagung, di sini.

Ini kerana tanaman strawberi yang diusahakannya itu membuahkan hasil yang banyak sehingga 50 kilogram (kg) sehari berbanding 20 kg pada hari suhu biasa.

Nurul Asyikin Noor Rasdi, 30, berkata, strawberi yang diusahakannya itu tidak sama seperti di tanah tinggi Cameron Highlands yang memerlukan cuaca sejuk berpanjangan namun di sini, ia lebih memerlukan cuaca panas untuk mengeluarkan buah.

"Kalau hujan lebat, buah akan rosak tetapi apabila cuaca panas, kami bersyukur kerana makin banyak berbuah. Kami mengusahakan tanaman strawberi ini sudah lebih tiga tahun lalu dengan bermula penanaman di kawasan halaman rumah sahaja," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Nurul Asyikin berkata, saiz dan rasa strawberi itu seakan sama seperti di Cameron Highlands dan pengunjung boleh membeli buah segar selain menikmati makanan dengan pelbagai jenis masakan dan minuman berasaskan buah berkenaan dengan harga berpatutan.

Beliau berkata, ramai juga pengusaha bakeri juga termasuk dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang datang ke warung itu untuk membeli stok strawberi dengan kuantiti yang banyak.

Selain strawberi, pengunjung yang datang ke situ boleh memetik anggur di sekitar kawasan warung dan boleh makan secara percuma.

"Anggur yang ditanam di sekitar kawasan warung juga turut mengeluarkan buah tahun ini disebabkan cuaca panas serta buah markisa yang ditanam di sini juga mula mengeluarkan buah," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057893 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list